Canon PowerShot V1 Dilancarkan Untuk Rakaman Kandungan Vlog

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 8:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Canon telah mengumumkan PowerShot V1, iaitu sebuah kamera kompak untuk Vlogging. Ia boleh menjadi jawapan Canon kepada kamera vlog Sony ZV-E10 II yang diumumkan pada Julai 2024. Bagaimanapun penawarannya terhad untuk beberapa negara seperti Jepun, China, Korea, Hong Kong dan Taiwan buat masa ini.

image is not available

Canon PowerShot V1 menggunakan sensor 22.3MP yang pada asasnya saiz yang sama dengan Micro Four Thirds tetapi dalam nisbah 3:2 yang lebih besar. Selain itu mempunyai penstabilan elektronik terbina membolehkan rakaman yang jelas dan stabil dihasilkan. Ia boleh merakam video 4K30P bersama profil warna Canon LOG (C-LOG), atau 4K60P yang dipangkas pada 1.4X. Dalam masa yang sama boleh merakam video 10-bit Log yang bermakna pengguna boleh membuat pembetulan warna, melaraskan tona serta mencipta gaya berbeza dalam pasca proses video.

image is not available

Terdapat juga mod filem khusus untuk rakaman jarak dekat bersama sistem autofokus yang dikuasai oleh sistem Dual Pixel CMOS AF II Canon. Kamera turut dilengkapi skrin sesentuh LCD 3-inci boleh laras. Di samping ciri tambahan lain seperti bicu audio 3.5mm, port USB-C, dan mikrofon terbina di dalam tubuh. Pilihan sambungan nirwayar melalui Bluetooth dan WiFi juga diberikan, dan perkongsian mudah turut boleh dibuat melalui aplikasi Canon Camera Connect.