Canon R6 III Dilancarkan Dengan Sensor 32.5MP Bingkai Penuh – Harga Bermula RM10,999

TechnologyDigital
6 Nov 2025 • 7:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kamera Canon R6 III dilancarkan hari ini dengan sensor bingkai penuh 32.5MP CMOS yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Digic X. Sensor yang digunakan sama dengan yang digunakan pada Canon C50 sebelum ini.

image is not available

Dari segi rekaan pula ia mirip R6 II cuma kini sekitar 30 lebih berat. Perubahan lain yang dibawakan ialah ia kini menyokong kad memori CFexpress Type B serta SD, port HDMI Type A dan menggunakan bateri L6-E6P.

image is not available

Kemampuan rakaman video adalah 7K RAW Light sehingga 59.95fps atau 4Kp120. Sistem rakaman gambar pula dipertingkatkan dengan sistem autofokus Dual Pixel CMOS AF yang lebih pantas. Gambar sehingga 12 fps boleh diambil menggunakan pengatup mekanikal atau sehingga 40 fps menggunakan pengatup elektronik.

image is not available

Di belakang terdapat skrin 3 LCD sesentuh yang boleh ditarik keluar serta EVF OLED 3.69 juta titik. Spesifikasi lain ialah terdapat port USB-C USB 3.2 Gen 2, bicu audio, bicu untuk mikrofon, bluetooth 5.1 dan WiFi IEEE 802.11b/g/n/a/ac.

Canon R6 III dijual pada harga bermula RM 10,000 untuk tubuh sahaja, RM 12,499 dengan lensa kit RF 24-105mm f/4-7.1 IS STM, dan RM 15,999 dengan lensa kit RF 24-105mm f/4L IS USM.

image is not available