Insta360 X4 Air Dilancarkan Pada Harga Lebih Mampu Milik Bermula RM1779

TechnologyDigital
28 Oct 2025 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 X4 Air dilancarkan hari ini sebagai kamera 360 darjah yang lebih mampu milik dan kompak jika dibandingkan dengan Insta360 X5. Ia masih boleh merakam video 360 darjah dengan resolusi 8K 30PFS. Perbezaan ialah pada resolusi lebih rendah, X4 Air merakam video biasa dan gerak perlahan pada kadar bingkai lebih rendah.

image is not available

Rakaman gambar juga hanya pada tetapan 29MP sedangkan X5 dan X4 merakam gambar pada tetapan 72MP. Tubuh lebih kompak dan juga lebih ringan. Bateri turut lebih kecil dengan kapasiti 2010mAh dengan ia memberikan rakaman video sehingga 88 minit. Ia turut mempunyai lensa yang boleh ditukar ganti sekiranya rosak seperti X5.

image is not available

Mod rakaman seperti menghilangkan kayu swafoto, penstabilan video flowstate, mengunci kedudukan ufuk dan suntingan secara automatik. Di Malaysia pratempahan akan dibuka bermula 30 Oktober dengan ia dijual pada harga RM1779 untuk edisi biasa dan RM1879 pula untuk Starter Bundle yang hadir dengan pelindung lensa, kayu swafoto serta bateri tambahan.