“Cantik Di Mata Tapi Tak Penuhi Perintah Allah” – Ustaz Wadi Annuar Kongsi 3 Jenis Gaya Tudung Yang Tak Menepati Syarak

7 Aug 2026 • 12:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Cantik Di Mata Tapi Tak Penuhi Perintah Allah” – Ustaz Wadi Annuar Kongsi 3 Jenis Gaya Tudung Yang Tak Menepati Syarak

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, pelbagai fesyen dan gaya tudung dilihat menjadi pilihan wanita Muslim untuk tampil bergaya mengikut trend terkini.

Namun, ada sesetengah yang dilihat mengenakan hijab dengan gaya tertentu serta tidak memenuhi tuntutan syarak dengan menunjukkan perkara yang tidak sepatutnya.

Fesyen Atau Trend Bukan Ukuran Muslim, Pakaian Perlu Ikut Perintah Allah SWT

Baru-baru ini, penceramah dan pendakwah, Ustaz Wadi Annuar tampil berkongsi pandangannya mengenai trend pemakaian hijab pada masa kini dalam satu hantaran di Threads @ustazwadiannuar.

Jelasnya, ukuran seorang Muslim bukan terletak pada fesyen atau trend namun sejauh mana pakaian tersebut memenuhi perintah Allah SWT.

“Cantik pada pandangan manusia belum tentu menepati tuntutan syarak.

“Ukuran seorang Muslim bukan sekadar fesyen atau trend, tetapi sejauh mana pakaian itu memenuhi perintah Allah SWT.

“Semoga Allah SWT membimbing kita untuk sentiasa memperbaiki diri dan memilih pakaian yang diredai-Nya,” tulisnya.

Ustaz Wadi Annuar Turut Kongsi 3 Jenis Gaya Tudung Yang Tak Ikut Syarak

Dalam hantaran yang sama, Ustaz Wadi Annuar turut berkongsi tiga jenis gaya tudung yang tidak memenuhi tuntutan syarak meskipun ianya telah menutup rambut.

Tiga gaya tersebut adalah:

  1. Leher masih terbuka
  2. Dada tidak dilitupi
  3. Aurat masih terdedah

Malah, Ustaz Wadi Annuar dalam infografik yang dikongsikan juga menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan wanita bukan hanya sekadar menutup rambut namun perlu melabuhkan tudung sehingga menutup leher dan dada.

Beliau turut berkongsi firman Allah SWT mengenai perintah menutup aurat dengan sempurna dalam Surah al-Nur ayat 31.

“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, (Surah al-Nur:31),” kongsinya.

View on Threads

Tutup Aurat Kewajipan Agama Yang Perlu Dipatuhi – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sekadar info, menutup aurat merupakan kewajipan agama yang perlu dipatuhi oleh mereka yang bergelar muslim.

Malah, penutupan aurat ini bukanlah bertujuan untuk membataskan kebebasan mereka yang bergelar Muslimah.

Namun ia bertujuan untuk memelihara akhlak, maruah serta keselamatan berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 59.

‎ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 

“Maksudnya: ‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” tulis mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buka Tudung Kerana Mahu Dalami Agama Dengan Cara Tersendiri? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved