“Cantik Isteri Dia” – Ramai Selebriti Popular Hadir, Majlis Perkahwinan Jo Seho Disambut Meriah

EntertainmentLifestyle
21 Oct 2024 • 10:35 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 20 Oktober, personaliti TV popular iaitu Jo Se-ho, telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, iaitu wanita yang sembilan tahun lebih muda darinya.

Untuk pengetahuan, majlis perkahwinannya berlangsung di Hotel Shilla di Jangchung-dong, Seoul, dan dihoskan oleh Lee Dong-wook serta Nam Chang-hee.

Selain itu, selebriti popular lain yang turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut adalah G-Dragon, Park Shin-hye, Lee Seung-gi, Lee Sung-kyung, Chan-yeol, D.O., Yoo Jae-suk dan ramai lagi!

image is not available

Sementara itu, Jo Se-ho juga sempat mengucapkan terima kasih yang mendalam buat semua tetamu yang hadir dan juga kepada mereka yang mengucapkan tahniah kepadanya dalam talian.

Luah pengantin baru itu,

Saya terima banyak bantuan semasa membuat persiapan untuk perkahwinan ini dan saya akan hidup dengan rasa syukur itu dalam hati saya. Saya berharap untuk hidup bahagia bersama pasangan saya seumur hidup, menghargai cinta yang kami terima.

Difahamkan bahawa Jo Se-ho mengenali isterinya melalui minat bersama dalam fesyen dan mereka berdua bercinta selama setahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Tahniah Jo Se-ho dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.