Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Local
27 Dec 2022 • 6:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

CANTIK dan bijak, dua perkataan ini tepat tentang anakanda sulung Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Nur Amanda Mustapha Kamal.

Jarang muncul di laman sosial, berita kejayaan Nur Amanda dikongsikan menerusi laman sosial Instagram rasmi Istana Selangor.

Barangkali tidak ramai yang mengetahui Tengku Permaisuri Norashikin memiliki anakanda yang jelita persis baginda.

image is not available

Diberitakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom pada 11 November 2022.

Keberangkatan baginda berdua adalah bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung Tengku Permaisuri Norashikin itu.

image is not available

Nur Amanda, 22, menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).

Warga maya teruja dengan perkongsian tersebut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Nur Amanda meraih sarjana pada usia 22 tahun.

image is not available

 

– “Alhamdulillah..Congrats Nur Amanda, semoga menjadi contoh baik kepada anak muda lain juga.”

– “Pertama kali lihat anakanda Tengku Permaisuri Selangor. Syabas dan tahniah.”

Tidak kurang juga yang memuji kejelitaan dua beranak itu.

– “Cantik puteri sulung Tengku Permaisuri Selangor .”

– “Mudanya Tengku Permaisuri, nampak seperti adik beradik dengan anak.”

University of Bristol adalah universiti terkemuka yang berada di kedudukan kesembilan di United Kingdom dan ke-18 di Eropah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article