Sultan, Tengku Permaisuri berkenan hadiri konvokesyen anakanda di UK

27 Dec 2022 • 5:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis konvokesyen anakanda di University of Bristol, United Kingdom.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis graduasi Nur Amanda Mustapha Kamal pada 11 November lalu.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Nur Amanda merupakan anakanda sulung Tengku Permaisuri.

“Nur Amanda, 22, menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal,” maklumnya menerusi Facebook.

Baginda berdua turut berangkat menaiki keretapi dari London menuju ke Bristol.