Cantik saja tak cukup, isteri kena ‘full package’ baru berbaloi – Anzalna Nasir

EntertainmentLifestyle
6 May 2026 • 12:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Anzalna Nasir berpendapat bahawa kecantikan semata-mata tidak mencukupi untuk membentuk rumah tangga yang bahagia.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG), pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 38, berkata seorang isteri perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam menguruskan keluarga.

“Dalam rumah tangga, cantik sahaja tak cukup.
“Kena pandai jaga anak, pandai memasak, mengemas rumah, dan boleh jadi isteri solehah.
“Pendek kata, jadi ‘full package’ baru berbaloi,” katanya.

Image from: Cantik saja tak cukup, isteri kena ‘full package’ baru berbaloi – Anzalna Nasir

Dalam pada itu, Anzalna turut berseloroh bahawa suaminya, Hanif Zaki, bertuah kerana memilikinya sebagai isteri.

“Contohnya, macam suami saya, dia memang jackpot dapat saya.
“Saya boleh buat semua benda,” katanya.

Image from: Cantik saja tak cukup, isteri kena ‘full package’ baru berbaloi – Anzalna Nasir

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia empat tahun.

Sumber: IG Anzalna Nasir

View Original Article