"Cantik Secara Sihat, Bebas Bahan Kimia"

Beauty
23 Sep 2023 • 3:30 PM MYT
@kakiwriting
@kakiwriting

"Membaca jambatan ilmu" Content menarik buat awak tertarik.

image is not available
Sumber: Tumblr

Wanita dan kecantikan sememangnya sangat sinonim. Cantik luaran mahupun dalaman perlu dijaga dengan rapi dan baik. Tidak hairan lah kenapa ramai wanita berusia pada zaman sekarang ini kelihatan lebih muda, cantik dan tertarik kerana perlambakan produk di pasaran mampu merawat dan mencantikkan diri seseorang wanita itu.

Namun sangat bertuah bagi wanita yang memiliki kecantikan dari awal kelahirannya. Ada juga sesetengah wanita yang masih mengamalkan kecantikan wajah dan fizikal secara tradisional. Oh ye, macam mana tu? Jika kita lihat, nenek atau ibu kita masih mengamalkan pengambilan jamu tradisional iaitu jamu yang dihasilkan secara sendirian dan selamat untuk dimakan.

Mereka percaya dan yakin dengan bahan bahan seperti akar kayu,tumbuh tumbuhan mampu menjadikan diri lebih sihat serta akan mencantikkan luaran dalaman diri mereka. Makin berusia pun masih kekal awet muda kerana salah satunya adalah amalan pemakanan yang sihat dari sumber semulajadi.

Penggunaan produk produk kecantikan sememangnya sangat penting kerana dapat merawat dan memelihara kulit wajah kita. Justeru pemilihan produk yang berkualiti, selamat serta bebas bahan kimia perlu dititik beratkan supaya tidak memudaratkan kulit wajah, malah tidak terjadi keradangan kulit, atau elergik produk.

Kulit cantik mulus itu adalah satu bonus dan nikmat dari Tuhan. Bagaimana pula jika seseorang itu memiliki kulit yang berjerawat dan berjeragat ? Oh ye, jangan risau jika anda menghadapi masalah tersebut. Luangkan sedikit masa dan wang anda untuk berjumpa dengan pakar kulit bagi merawat masalah kulit anda. Tetapi jika anda tidak berkemampuan berjumpa pakar kulit, anda boleh lah melakukan rawatan secara alami atau semulajadi dari rumah sahaja dengan menggunakan bahan bahan tersedia seperti kulit kayu manis, buah tomato, air beras dan pelbagai lagi.

Fungsi air beras mampu memutihkan kulit wajah, lakukan secara rutin setiap pagi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Bak kata pepatah “ Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ” Biarlah kita usaha semampu habis. Inginkan kulit wajah cantik dan selamat, harus lah bersabar. Elakkan pengambilan produk yang memberi kesan atau hasil yang pantas kerana produk seperti itu mempunyai bahan kimia sangat tinggi. Walau bagaimanapun, kita semua perlu menjadi bijak dalam membuat keputusan pemilihan produk. Kekal cantik dan sihat, jauhi bahan terlarang.


@kakiwriting adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.