Sebab Pakai Serum Kening, Gadis Tak Sangka Bulu Lebat Tumbuh di Muka

Entertainment
6 Sep 2023 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada sesetengah wanita menganggap kening tebal dan lebat ini adalah lambang kecantikan. Ada yang sanggup spend duit yang banyak semata-mata untuk kelihatan cantik semulajadi tanpa perlu memakai mekap.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang TikToker dari negara seberang @desimaya apabila wajahnya telah mengalami pertumbuhan bulu yang sangat lebat selepas memakai serum pelebat kening.

Bukan di bahagian kening sahaja malah di bahagian pipi, misai dan dahi juga turut ditumbuhi bulu halus yang lebat.

 

Menerusi halaman TikToknya, Desimaya ada juga berkongsi beberapa video keadaan wajahnya sebelum dan selepas memakai serum tersebut.

Disebabkan keadaan itu, dia terpaksa mencukur sedikit di beberapa bahagian wajahnya agar kelihatan kemas.

Pun begitu, ada segelintir netizen telah meninggalkan komen di videonya. Ada yang bertanya adakah dia mempunyai masalah PCOS?

Menurut laman web Hello Doktor, PCOS adalah singkatan bagi Polycystic Ovary Syndrome di mana jika wanita mengalami masalah ini, mereka akan mengalami masalah kitaran haid, fungsi jantung, kesuburan dan paras rupa.

Apa-apa pun sebelum kita guna sesuatu produk, lebih baik kita check dulu ingredient. Takut tak kena dengan skin kita.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article