“Cantik Tapi Pengotor!”- Ramai Jijik Lihat Wanita Biar Bilik Bersepah Siap Ada Tuala Wanita Berdarah

22 Jan 2026 • 11:24 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan perkara yang sangat dituntut untuk diamalkan oleh setiap individu dalam mana-mana agama sekalipun.

Malah kepentingan menjaga kebersihan juga adalah untuk diri sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang selesa.

Bahkan kepentingan untuk menjaga kebersihan juga adalah untuk memastikan seseorang itu sihat kerana bebas daripada sebarang kuman yang tercemar.

Oleh itu, kita sentiasa disarankan untuk menjaga penampilan diri, mengemas rumah dan sebagainya agar hidup lebih berkualiti.

Wanita disifatkan pengotor biar tuala wanita dan bilik bersepah

Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran memaparkan bilik seorang wanita yang bersepah dan disifatkan pengotor.

Menerusi hantaran dikongsikan Matcha Chocolate di Threads, awalnya dia bertanya adakah orang ramai pernah mempunyai rakan serumah, sebilik atau mungkin kawan mahupun ahli keluarga yang pemalas dan pengotor.

“Cantik tapi pengotor! Nak tanya lah, korang pernah ada tak (kawan serumah, sebilik, atau kawan atau keluarga) yang pemalas dan pengotor.

“By the way orang ini, dia seorang perempuan yang cantik, suka mekap bersiap, dekat luar awak tidak akan tahu dia sekotor ini. Mangkuk kuning dan ada ubat gegat itu adalah air kencing, berak (najis) pun ada tapi tak snap (tangkap gambar).

“Padahal toilet dah ada dalam bilik sejengkal je dari katil. Dia sanggup cari bekas atau apa-apa untuk berak atau kencing dalam tu dari jalan dua langkah dari katil,” kata individu berkenaan.

Katil bersepah dengan pakaian, atas meja ada tuala wanita yang masih berdarah tak dibuang

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna berkenaan, turut kelihatan bilik wanita itu bersepah di mana di atas tilam terdapat pakaian serta beg yang bersepah. Manakala di atas meja solek pula kelihatan barangan mekap yang dibiarkan merata-rata tempat dan alatan itu juga dibuarkan terbuka selepas dipakai.

image is not available

Pada gambar kedua pula, pengguna tersebut turut menunjukkan tuala wanita yang sudah dipakai dan masih berdarah diletakkan di atas sebuah meja. Turut dikongsikan mangkuk yang didakwa berisi air kencing seperti yang dinyatakan.

image is not available
View on Threads

“Pasal makan pula dah makan terus tinggal dalam rak baju sampai berkulat! Dah period (haid) main tinggal je merata-rata dengan bau darahnya lagi. Ditegur dah, marah pun dah masih sama.

“Ni penyakit atau memang pengotor? Kalau korang apa korang buat kalau ada orang macam ni tinggal serumah korang?” soalnya.

Dalam beberapa lagi gambar dikongsikan turut kelihatan pinggan mangkuk yang sudah dipakai dibiarkan dalam almari pakaian.

Malah tuala wanita yang terpakai juga dibiarkan di dalam almari baju serta bakul baju kotor.

Dah banyak kali bantu bersihkan tapi masih juga kotor

Jelas pengguna Threads itu, pemilik bilik tersebut adalah orang yang normal dan tidak mempunyai masalah lain selain pengotor.

Dia turut mengatakan bilik air di dalam bilik wanita itu bersih kerana ia bersambung dengan bilik lain dan sentiasa dibersihkan oleh individu lain.

Jelasnya bilik wanita itu juga sudah banyak kali dibantu untuk bersihkan malah mereka turut mengemop untuk memastikan ia kelihatan cantik dan kemas.

Namun perkara itu tidak bertahan lama dan akan menjadi kotor semula pada esoknya sehingga dia tidak tahu bagaimana cara sepatutnya untuk menegur wanita terbabit.

Tambahnya, dia telah berkongsi mengenai hantaran yang tular di Threads kepada pemilik bilik terbabit namun respon yang diterima hanyalah ‘yelah tahu’.

“Tak apa kita tengok dia nak berubah atau teruskan hidup pengotor macam ni. Harap Thread ni lalu sekali dekat teman lelaki dia. Biar dia segan, orang cantik tak semestinya pembersih ya.”

image is not available
image is not available

Ramai jijik lihat wanita biar pad bersepah

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam dan geli dengan gambar dikongsikan menyifatkan wanita itu bukan malas sebalik berpendapat dia mungkin mempunyai masalah mental.

Tak kurang juga, ada yang menyoal tidakkah wanita itu dihantui dengan gangguan jin dan sebagainya kerana hidup dalam keadaan bersepah selain tuala wanita dibiarkan merata-rata tempat.

Bahkan ada yang seperti tidak percaya wujudnya individu yang boleh hidup selesa dengan keadaan bilik seperti itu.

“Eh kenapa hantu tak menghantui dia ni eh. Mana jin jin yang nak makan darah sangat tu tak ada pun…”

image is not available

“Ni lebih kepada sakit, tiada wanita waras akan buat perkara macam ni”

image is not available

“Tengok gambar first sekali imbas duk fikir oh sepah je kot. Bila slide eh perempuan kau gila ke segala benda kau buang dalam bilik”

image is not available

“Kenapa pad atas meja”

image is not available

View Original Article