Cantiknya! Manis Berhijab, Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terkini ‘Awek Cendol’ - “Lama Tak Nampak, Tiba-Tiba…”

20 Dec 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian personaliti media sosial, Naziha Tahang atau gadis yang pernah viral suatu ketika dahulu dengan gelaran ‘awek cendol’ tular di media sosial.

 

Dalam satu hantaran di TikTok, dapat dilihat  beberapa keping foto menampilkan penampilannya yang kini anggun dengan hijab. 

 

Bukan itu sahaja, menerusi pemerhatian Gempak gadis tersebut juga kini bergelar sebagai ibu kepada dua orang anak.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh melihat ‘penghijrahan’ gadis berkenaan.

 

“Kenal awak masa viral dulu, Alhamdulillah sekarang awak macam ni! Betullah jangan menilai seseorang, kita tak tahu pengakhirannya. 

 

“Sukanya tengok kamu sekarang dah berhijab. 

 

“Lama dah follow Nija dari zaman viral dulu, Alhamdulillah terus istiqamah,” komen beberapa netizen. 

 

Sekadar info, video ‘awek cendol’ pernah viral pada tahun 2018 memaparkan aksi manja wanita itu menyatakan hasratnya untuk menikmati cendol kerana dahaga.

 

Video tersebut kemudiannya di ‘parodikan’ oleh ramai pihak termasuk beberapa selebriti kerana kontennya yang disifatkan sebagai ‘cringe’ ataupun ‘kecut perut’.

Sumber: TikTok

View Original Article