Canva Mengambil Alih Leonardo.AI

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 9:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Canva mengumumkan mereka mengambil alih firma kecerdasan buatan Leonardo.AI. Menerusi pengambil alihan ini, Canva memperkukuhkan lagi penawaran produk kepada pelanggan selepas mengambil alih Affinity pada bulan Mac yang lalu. Nilai yang dibayar untuk mengambil alih Leonardo tidak diumumkan.

image is not available

Canva sekadar mengatakan teknologi Leonardo akan diintegrasikan ke dalam Canva Magic Studio yang sudahpun menawarkan beberapa cir suntingan gambar menggunakan AI. Sejak dilancarkan pada tahun 2013, Canva berkembang pesat dengan ia kini digunakan lebih 190 juta pelanggan yang menggunakan produk mereka sebagai alternatif kepada produk Adobe.

Adobe menawarkan pelbagai ciri AI menerusi Firefly dan dengan kemampuan Leonardo menjana imej yang realistik membolehkan Canva memberikan persaingan yang lebih sengit. Beberapa minggu lalu Affinity memberikan akses percuma kepada Affinity Designer, dan Affinity Publisher percuma selama enam bulan. Kedua-duanya adalah alternatif kepada Photoshop dan InDesign.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved