Grab hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih platform tempahan restoran yang berpusat di Singapura, dinamakan Chope. Buat masa ini, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Dengan langkah pengambil-alihan ini, ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Grab dalam arena “online-ke-offline”, sekaligus membantu para penjual untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan.
Disamping itu, pengambil-alihan Chope juga membolehkan Grab memperluaskan pasaran mereka meliputi mereka yang makan di kedai – dan tidak hanya mengehadkan mereka dengan sokongan penghantaran makanan melalui GrabFood sahaja.
Chope sebelum ini telah diasaskan pada 2011, dan kini beroperasi di beberapa bandar, termasuk Singapura, Jakarta, Bangkok, Hong Kong, Shanghai, Phuket, dan juga Bali dengan lebih 13,000 restoran dibawah rangkaian Chope.
Selain Chope, sebelum ini juga Grab telah mengambil-alih portal memfokuskan makanan, dinamakan HungryGoWhere pada 2022 lepas.

