“Cap Tak Ada NGO Atau Cawangan Kedai Runcit Untuk Cuci Duit” – Kalah Saman, Caprice Terus ‘Fight’ Ebit Lew

LocalEntertainment
18 Aug 2026 • 1:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas diperintah membayar ganti rugi RM220,000 dan memohon maaf kepada Ebit Lew, penyanyi rap Caprice tampil memberi bayangan bahawa perjuangannya masih belum berakhir.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata keputusan yang dibuat semalam tidak melemahkan pihaknya, sebaliknya membuatkan mereka lebih bersemangat untuk kembali fokus kepada kes-kes seperti itu.

“Results semalam buat kami lagi semangat”

Menurut Caprice, terdapat beberapa peringkat mahkamah di Malaysia bagi membolehkan kes-kes besar dikaji semula. Dia juga tidak terkesan apabila diperli perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi apabila kalah saman.

Caprice berkata dia tidak mempunyai masalah untuk mencari kerja atau wang kerana percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan.

Namun, ayat yang paling mencuri perhatian adalah apabila dia menyindir dengan menyebut dirinya tidak mempunyai NGO atau cawangan kedai runcit untuk mencuci duit.

Menurut Caprice, selama ini dia tidak pernah berkira apabila ada pihak meminta bantuan atau mahu sesuatu masalah diketengahkan.

caprice

Caprice turut mengaitkan perjuangannya dengan kes PU Azman yang menurutnya mengambil masa lima tahun untuk dibuktikan.

Katanya, sepanjang tempoh itu, dia menerima kecaman bertubi-tubi kerana membantu mangsa. Jadi, Caprice tidak kisah jika perlu mengambil masa lagi tiga tahun untuk membuktikan kes berkaitan Ebit Lew pula.

The post “Cap Tak Ada NGO Atau Cawangan Kedai Runcit Untuk Cuci Duit” – Kalah Saman, Caprice Terus ‘Fight’ Ebit Lew appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved