CapCut for Windows curi banyak storan tanpa disedari, ini sebabnya

Digital
23 Nov 2023 • 11:42 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dengan laptop yang hanya ada satu storan 512GB, pastinya ia akan terisi dengan pantas kalau saya tak pantaunya secara berkala. Kalau tak cookies segala macam cache daripada pelayar web boleh menyemakkan storan walaupun objektif asalnya adalah baik iaitu melicinkan pengalaman melayari laman web.

image is not available

Aplikasi yang saya sarankan adalah WinDirStat (Windows) ataupun Disk Inventory X / GrandPerspectiv (Mac). Semua perisian ini adalah percuma dan boleh dijalankan terus melalui pemacu kilat (pendrive).

Periksa penggunaan ruang SSD CapCut for Windows

Tutorial yang akan ditunjukkan ini adalah untuk platform Windows. Sepatutnya asas penggunaannya sama untuk platform Mac.

Apabila WinDirStat dilancarkan ia akan meminta anda untuk pilih storan mana yang ingin dianalisis.

image is not available

Buat laptop saya yang hanya ada satu storan, pilihannya adalah nyata. Setelah itu, ia akan mula menganalisis keseluruhan storan yang dipilih dan tempoh analisisnya adalah bergantung kepada luas storan.

image is not available

Selesai menganlisis, ia akan visualisasikan storan anda mengikut fail apa yang memakan paling banyak ruang.

image is not available

Kotak yang lebih besar melambangkan luas storan secara relatif yang didudukinya. Contohnya salah satu fail video daripada GoPro saya memakan peratusan yang agak besar daripada keseluruhan storan yang digunakan.

image is not available

Ia juga mengkategorikan penggunaan storan mengikut jenis fail. Contohnya, 26.5% daripada storan yang digunakan pada laptop ini diduki oleh fail MP4.

image is not available

Dari sini jugalah saya kesan CapCut for Windows menjarah storan laptop seperti barah. Rupa-rupanya, setiap kali ada versi bahari CapCut for Windows, ia bukanlah dikemas kini ke atas versi sedia ada. Sebaliknya, ia lakukan pemasangan baharu dan setiap pemasangan baharu ada foldernya yang tersendiri.

image is not available

Makanya, saya ada beberapa versi CapCut for Windows daripada 2.5 hinggalah ke 2.9 dan dalam setiap folder ada fail yang sama.

image is not available

Apa lagi, sayapun terus buang semua folder versi yang lama dan beroleh semula beberapa GB storan.