CapCut, anak syarikat ByteDance yang memfokuskan kepada penyuntingan video, hari ini mengumumkan mereka telah memeterai kerjasama dengan pihak Google Gemini. Dengan kerjasama ini, ia sekaligus akan membolehkan para pengguna dalam melakukan suntingan gambar dan imej terus pada aplikasi Gemini, tetapi menggunakan penawaran dan keupayaan penyuntingan Gemini.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan penjanaan dan penyuntingan terus pada Gemini, dan tidak perlu bertukar-tukar aplikasi.
Buat masa ini, CapCut hanya mengumumkan kerjasama sahaja, dan ciri ini masih lagi belum ditawarkan lagi. Mungkin kita akan melihat integrasi CapCut pada Gemini ini dalam masa terdekat ini.

