
Setelah menawarkan penggunaan tanpa had kepada Gemini sejak dilancarkan, kini dengan lebih 900 juta pengguna menggunakannya secara aktif setiap bulan, Google akhirnya memperkenalkan pengenalan had kepada penggunaan Gemini.
Had penuh tidak dinyatakan oleh Google, tetapi Gemini akan mengemaskini had penggunaan setiap 5 jam sehingga seseorang pengguna mencapai had penggunaan mingguan mereka. Google menyatakan penggunaan had ini adalah berdasarkan kepada kadar kompleks sesuatu prom atau arahan yang digunakan, serta untuk output yang diinginkan.
Seperti biasa, penjanaan imej akan menggunakan had lebih tinggi, selain akses kepada penaakulan dan lain-lain.

Google menyatakan AI Plus menawarkan had penggunaan dua kali ganda berbanding pengguna percuma, sementara AI Pro sebanyak 4 kali ganda, dan AI Ultra menawarkan had penggunaan sehingga 20 kali ganda tinggi. Langkah pengenalan had ini juga adalah dalam memastikan kelangsungan operasi tanpa membebankan pelayan Google, selain pada masa yang sama meningkatkan lagi kadar pengguna berbayar untuk Google AI.

