Caprice beri keterangan kes video tular pelajar maut dilanggar

22 Dec 2023 • 4:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Caprice (dua dari kanan) ditemani Afdlin Shauki (kanan) ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap Caprice selesai memberi keterangan dipercayai berhubung tindakannya memuat naik video reaksi berkaitan insiden seorang pelajar sekolah maut dilanggar kenderaan dipandu seorang pegawai kanan polis, baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari ditemani pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki Aksan.

Ketika ditemui pemberita sejurus selesai memberi keterangan, beliau memaklumkan polis telah mengambil dua telefon pintar, sebuah komputer riba, kamera dan kad memori miliknya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Video yang dimuat naik Caprice menerusi media sosial itu, bagaimanapun telah dipadamkan.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan Caprice telah direkodkan keterangan di IPD itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved