“Macam Mana Aku Tak Rasa Kehilangan, Kita Hari Hari Melawak Bersama” – Kakak ‘Up’ Video Kenangan Dengan Arwah Zaharif, Undang Rasa Sebak

Entertainment
22 Dec 2023 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kematian remaja lelaki berusia 17 tahun akibat dilanggar oleh seorang polis berpangkat DSP di Ipoh baru-baru ini menjadi trending dan menimbulkan kemarahan masyarakat.

Malah, video dan gambarnya yang tular ketika insiden itu sebelum ini turut meruntun hati ramai warganet apatah lagi bapa arwah dilihat rebah di tempat kejadian.

image is not available 6 days ago

“40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih!” - Bapa Arwah Zaharif

Kakak arwah Muhammad Zaharif Afendi yang masih sangat terkesan dengan pemergian adik bongsunya itu turut berkongsi video kenangan keluarga bersama arwah di TikTok.

Menerusi video itu, wanita bernama Farah tersebut meluahkan rasa sedihnya kerana kini mereka kurang seorang ahli keluarga dan akan sentiasa merindui usikan adiknya.

Macam mana aku tak terasa kehilangan hang Zaharif, kita ni keluarga kecil je Zaharif, Kita tinggal sekerat ni je. Kita setiap hari jumpa setiap hari melawak sama sama, lepas ni takde sape nak usik aku.

@farahneedyou_ Macam mana aku tak terasa kehilangan hang zaharif kita ni keluarga kecil je zaharif kita tinggal sekerat ni je.. lepasni hang takde makin kecil keluarga kita zaharif kehilangan hang memang sangat terasa, kita setiap hari jumpa setiap hari melawak sama sama lepasni takde sape nak usik aku zaharif.. Aku rindu sangat sangat Ya Allah kau tempatkanlah MUHAMMAD ZAHARIF AFFENDI MUHD ZAMRIE dikalangan orang yang beriman.. Al-fatihah (dibaca) #justiceforzaharifaffendi #zaharif ♬ bunyi asal – meknaa_lyrics

Hantaran tersebut mendapat lebih 3.4 juta tontonan sejak ia dimuat naik dua hari yang lepas dan turut mengundang rasa sedih dalam kalangan warganet.

Ramai meninggalkan komen tentang insiden yang berlaku dan mendoakan agar keluarga arwah Zaharif diberikan kekuatan di atas apa yang telah terjadi.

image is not available image is not available image is not available