Caprice dedah ‘orang kanan’ Ebit Lew mulai sedar, bersyukur kebenaran semakin hampir

7 Jul 2023 • 10:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum sedia tahu selebriti, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memang kerap memuat naik perkongsian mengenai seorang personaliti dakwah, Ebit Lew sejak beberapa tahun lepas.

Dua tahun penantian

Terbaru, Caprice telah memuat naik hantaran di IG story dengan menyatakan selepas dua tahun akhirnya kebenaran bakal terbongkar tidak lama lagi.

image is not available

Orang kanan ucap selamat tinggal kepada Ebit Lew

Caprice memaklumkan yang ‘orang kuat’ kepada personaliti dakwah itu sendiri telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada individu tersebut.

Ujar selebriti itu lagi, dia bersyukur kerana selepas dua tahun akhirnya insan yang dikatakan dianiaya telah berani tampil.

 

image is not available

Orang kuat dah tampil dedah sesuatu

image is not available

Ada masa nak kopi2 dengan Caprice

Walau bagaimanapun, individu yang didakwa ‘orang kuat’ kepada Ebit Lew itu telah menyatakan yang mereka semua pendosa dan berharap dapat menyelesaikan masalah antara dia dan personaliti dakwah berkenaan sebara ‘adik-beradik’.

Namun begitu, dia sangat menghargai keprihatinan Caprice dalam isu berkenaan dan terbuka untuk bertemu dengan selebriti terbabit pada bila-bila masa.

image is not available

Untuk rekod, perbalahan antara Caprice dan Ebit Lew telah berlarutan sejak beberapa tahun bermula dengan isu ketika masing-masing berada di Palestin.

Pelbagai pendedahan dibuat antara mereka sehingga membuatkan negara sedikit kecoh dengan isu-isu yang dibangkitkan mereka di media sosial.

Sumber: Instagram Caprice