
Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu yang dipercayai memegang gelaran ustaz. Pendedahan itu turut mendapat perhatian Caprice yang cukup pantang mendengar individu menggunakan agama untuk melakukan perkara terkutuk.
Caprice, menerusi laman Instagram turut memuat naik mesej daripada seorang lelaki yang mendakwa isterinya, seorang wanita berniqab (niqabis), telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh ustaz tersebut.
Gangguan bermula di TikTok…
Menurut mesej yang diterima Caprice, gangguan bermula apabila wanita tersebut sedang melakukan live di TikTok untuk menjual niqab. Meskipun sudah dinyatakan awal dalam deskripsi bahawa bukan mahram (ajnabi) tidak dibenarkan masuk, pelaku tetap menghantar mesej peribadi (DM) kepada mangsa.
Lebih menjijikkan, pelaku didakwa menghantar video dirinya sedang beronani sambil menyebut nama wanita tersebut.
Malah, mangsa dilaporkan menerima sebanyak 11 video tidak senonoh daripada pelaku melalui WhatsApp, Facebook, dan TikTok.
Dia ni guna gelaran ustaz dan isteri saya bukan orang pertama jadi mangsa. Dia attack semua niqabis.- Dedah pengadu.

Caprice beri jaminan, pelaku akan terima balasan…
Caprice dalam pada itu, memberi jaminan bahawa dia akan membawa kes ini kepada pihak berkuasa. Dalam perkongsiannya, Caprice mendedahkan nombor telefon yang digunakan pelaku untuk menghantar video tidak senonoh adalah nombor yang sama tertera di poster pakej umrah yang dipromosikan pelaku.
Insya-Allah mangsa dan keluarga mangsa dapat keadilan.- Tulis Caprice sambil menanda akaun Instagram rasmi polis, @pdrmsia_official.
Pendedahan ini mencetuskan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan pelaku dan menyifatkannya sebagai penunggang agama. Ruangan komen hantaran Caprice dibanjiri dengan komen kecaman terhadap pelaku.

#OhmediaNasihat
Gangguan seksual adalah isu serius yang tidak boleh dipandang remeh. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih berhati-hati dalam mempercayai individu, terutama yang menggunakan agama sebagai topeng untuk menutupi niat buruk mereka.
Mangsa gangguan seksual pula disarankan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memastikan pelaku menerima hukuman yang sewajarnya. Ingat, keadilan bermula dengan keberanian melaporkan kebenaran.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Caprice
The post
appeared first on
.

