Tersentak Dapat Tahu Kenapa Warga Emas Ini Naik ‘Grab’ Walaupun Hanya Seberang Jalan – “Allah Nak Ajar Sentiasa Bersangka Baik”

LocalOpinion
22 Jan 2025 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang individu dalam satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini telah meraih perhatian dan membuka mata serta hati ramai pihak.

Menerusi rakaman itu, dia yang merupakan pemandu e-hailing telah berkongsi tentang salah seorang penumpang warga emas yang menggunakan servisnya.

Katanya, pada awal ketika menerima tempahan tersebut dia berbicara di dalam hati tentang jarak di antara lokasi dia perlu menjemput penumpang itu ke rumahnya sangat dekat.

Rumah seberang jalan pun nak order Grab ke?

image is not available

Dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu, perasaan ingin tahu dan tanda tanya dalam dirinya akhirnya terjawab apabila dia tiba di lokasi untuk menjemput penumpang tersebut.

Ternyata rupa-rupanya, warga emas tersebut yang memakai tongkat mempunyai kesukaran untuk berjalan dan ketika itulah hatinya tersentak dan membuka matanya.

Hantaran itu meraih perhatian ramai yang bermuhasabah diri untuk sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik terhadap orang yang tidak dikenali.

Allah nak ajar abang supaya sentiasa bersangka baik hatta sekecil-kecil benda.

Dalam pada itu, ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana menerima tempahan warga emas terbabit dan berkata tidak dapat membayangkan perasaan lelaki berkenaan sekiranya tiada pemandu e-hailing yang menerima tempahannya pada waktu dia memerlukan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Netizen Kembang Tekak Lihat Restoran Ini Guna Penyodok Hidang 'Shell Out' Pada Pelanggan - "Ingat Nak Buang Taik Kucing'