Caprice sanggup bayar RM100,000! Mahu jemput Cik Epal pula sertai podcast?

LocalEntertainment
22 Oct 2024 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Dewi tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan usahawan pizza popular, Jofliam.

Dewi yang muncul dalam sebuah podcast Motif Trending turut mendakwa dia pernah ditawar untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam untuk menebus kesilapan.

Caprice sanggup bayar

image is not available

Terbaharu, bekas isteri kepada Jofliam iaitu Cik Epal enggan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan susulan dakwaan yang didedahkan oleh Dewi.

Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa keperluan untuk memberi komen kerana apa yang berlaku bukan berpunca darinya.

“Untuk sekarang, aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuat naik apa-apa kenyataan,” ujarnya.

Caprice sanggup bayar

image is not available

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah Cik Epal sempat berseloroh berminat untuk sertai podcast sekiranya dia dibayar RM100,000.

“Tapi kalau ada yang sudi bayar RM100k masuk podcast, boleh la aku consider,” katanya.

Ramai tertarik dengan tawaran tersebut termasuklah penyanyi rap sensasi, Caprice yang seakan-akan sanggup membayar nilai yang ditetapkan Cik Epal.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan dia sudah bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber: Instagram @Cik Epal