Cik Epal Berseloroh Mahu Masuk Podcast Kalau Dibayar RM100K, Caprice Cakap Dia ‘Ons’?

Entertainment
22 Oct 2024 • 6:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut perceraian antara Jofliam dan Cik Epal dilihat semakin hangat apabila Dewi tampil buka mulut terhadap isu yang melibatkan mereka bertiga, malah Dewi juga sebelum ini ada membuat pendedahan yang dia pernah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua Jofliam oleh Cik Epal.

Menurut Dewi juga, dia menerima hadiah berupa beg tangan berjenama dari Jofliam dan Cik Epal yang kononnya untuk menebus kesilapan mereka terhadap dia. Boleh rujuk cerita selanjutnya di bawah.

Susulan dengan kenyataan itu, Cik Epal menerusi Instagram miliknya memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan balas yang dibuat oleh Dewi. Cik Epal juga menegaskan yang segala perkara yang terjadi bukan berpunca daripadanya.

“Untuk sekarang, aku rasa tak ada keperluan untuk aku beri penjelasan. Semua perkara yang terjadi bukan berpunca daripada aku yang memuat naik apa-apa kenyataan.”

Pun begitu, Cik Epal juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa dia akan beri kenyataan seandainya ada mana-mana podcast yang sanggup bayar RM 100K kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat mendapat perhatian Caprice dan menerusi ruangan komen, dia dilihat seperti sanggup membayar amaun tersebut.

image is not available

Hurm, memang ramai betul tertumpu nak tahu pasal hal cerai diaorang ni ek? Apapun, doa yang baik-baik je lah untuk diaorang.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.