Caprice ‘Sekolahkan’ Ammar Nazhan Gara-Gara ‘Content’ Kehilangan Eyka

EntertainmentPolitics
25 Feb 2025 • 7:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Caprice Ammar Nazhan

Penyanyi dan pempengaruh, Caprice tampil menegur Ammar Nazhan berhubung kontroversi ‘content’ palsu yang dicipta mengenai kehilangan rakan mereka, Eyka di Bandung, Indonesia sebelum ini.

Dalam sesi podcast, Caprice mempertikaikan kewajaran Ammar mencipta kandungan yang boleh menimbulkan kebimbangan ramai.

Nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s a very stupid idea.

Caprice tanya polis dan tentera Indonesia hanya ‘berlakon’?

Caprice turut bertanya sama ada polis dan tentera Indonesia yang terlibat dalam siaran langsung ketika kejadian dibayar oleh pihak produksi.

Ammar bagaimanapun menafikan perkara itu, sebaliknya menjelaskan bahawa kehadiran mereka adalah sebahagian daripada gimik dan mereka tidak menerima bayaran.

Mereka sudah tahu itu hanya gimik dan berada di kawasan itu kerana ada banyak aktiviti paranormal lain yang berlaku.

Dikecam netizen dan tarik perhatian Kerajaan Indonesia

image is not available

Sebelum ini, Ammar dan rakan-rakannya dikecam teruk kerana mencipta kandungan ‘kehilangan’ Eyka yang dianggap sebagai sengaja mengelirukan orang ramai.

Bukan tu jer, tindakan mereka turut mendapat perhatian media Indonesia dan pihak berkuasa negara itu.

 #ApaKataOhmedia

Menghasilkan kandungan kreatif itu tidak salah, tetapi menggunakan taktik yang boleh mencetuskan panik dan salah faham bukanlah sesuatu yang wajar. Jangan sampai ‘content’ bertukar jadi bahan kecaman ramai!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Youtube Caprice


The post

appeared first on

.