“RM10k untuk bayar polis, tentera” – Rakan Ammar Nazhan Bongkar Kisah Di Sebalik ‘Content’ Hilang

Entertainment
17 Feb 2025 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita dakwaan seorang pempengaruh wanita dikenali sebagai Eyka hilang selama tiga hari di dalam hutan di Bandung, Indonesia tempoh hari lalu telah mengundang kemarahan netizen Malaysia.

Hal ini disebabkan kes kehilangan itu diketahui hanyalah content semata-mata yang dikendalikan oleh YouTuber Ammar Nazhan dan TikToker Aras Abdullah selepas keluar kenyataan polis Indonesia.

Rakan dedah kisah di sebalik content ‘hilang’

Terbaharu, dua rakan YouTuber terbabit yang ada dalam content berkenaan tampil membongkar kisah di sebalik kejadian yang berlaku.

Dalam satu podcast bersama Caprice, rakan Ammar iaitu Izzrin menyatakan mereka tidak dibayar dengan penghasilan mana-mana content bersama dan pembayaran dilakukan dengan diberi makanan, tempat tinggal serta kebebasan untuk membuat tugasan lain.

“Bayaran satu sen pun kami tak pernah dapat. Dia (Ammar) kata bayaran berbentuk makanan, tempat tinggal dan dia tak pernah kacau kerja lain kami.

“Semasa buat content hilang, kami tak boleh bersuara.”

Polis, tentera dan penduduk kampung dibayar RM10,000

Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan Ammar telah menghabiskan lebih kurang RM10,000 (10 juta rupiah) untuk membayar pegawai polis, tentera dan penduduk kampung di kawasan tersebut untuk menjayakan ‘content’ terbabit.

“Polis dan tentera yang ada itu bukan pelakon tapi mereka dibayar untuk berlakon. Apa yang saya dengar, rancangan ini bernilai RM10,000.

“RM10,000 ini banyak digunakan untuk membayar polis, tentera dan penduduk setempat. Kenyataan dari polis Indonesia yang tular dan diguna oleh media-media Malaysia pun lakonan. Sebelum kami mula live, akan ada taklimat besar-besaran.

Jelasnya, kisah kehilangan sudah dirancang dengan teliti dan mempunyai jalan ceritanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sementara itu, watak utama dalam content terbabit iaitu Eyka juga menyatakan keluarganya telah pun dimaklumkan bahawa ini semua lakonan pada hari kedua dia hilang.

Pada masa yang sama, dia turut memaklumkan bahawa dirinya sendiri tidak menerima sebarang bayaran namun tidak bersuara kerana takut diapa-apakan.

Korang boleh tonton podcast penuh di sini.

Sumber: YouTube

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.