Caprice 'Settlekan' Saman Pemuda Conteng Perkataan ‘Terrorist’ Pada Tembok Kedutaan AS

9 Nov 2023 • 1:13 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membantu seorang pemuda yang dikenakan saman berjumlah RM 1,000 kerana menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas) menggunakan penyembur cat warna merah.

image is not available

Menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, penyanyi rap tersebut memuat naik resit bank yang menunjukkan dia membuat pemindahan wang kepada akaun pemuda tersebut.

image is not available

"Selesai," jelasnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut.

Sebelum ini, penyanyi tersebut meminta pengikutnya untuk memberitahu pemuda tersebut bahawa dia akan membayar saman berjumlah RM1,000 bagi pihaknya.

“Siapa-siapa kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu (saman), saya ‘payung’ (bayarkan). Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” ujar Caprice.

Niat baik pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya membantu pemuda tersebut menyelesaikan saman.

image is not available

Terdahulu, majistret Wong Chai Sia hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, selepas tertuduh yang bekerja sebagai jurutera projek itu mengaku bersalah atas pertuduhan kesalahan menconteng tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan perkataan ‘terrorist’ (pengganas).

Kredit: Mstar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved