Car Boot Sale Night Market rancakkan semula pusat bandar Sandakan

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Car Boot Sale Night Market rancakkan semula pusat bandar Sandakan

SANDAKAN: Program Car Boot Sale Night Markets di pusat bandar Sandakan dilihat sebagai pendekatan baharu untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Walter Kenson berkata inisiatif itu khususnya memberi peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia meneroka konsep perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel, selain menawarkan tarikan alternatif di luar kawasan komersial satelit di daerah ini.

‘konsep itu juga boleh memberi peluang kepada golongan belia menjana pendapatan dengan memanfaatkan kenderaan, barangan dan produk sedia ada.

“Inisiatif berkenaan turut berpotensi menarik lebih ramai pengunjung termasuk pelancong dari luar daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Car Boot Sale Night Markets yang dianjurkan Persatuan Dokumentari dan Filem Sandakan di Lorong Harbour Square, bersebelahan The Elopura Hotel pada Sabtu.

Sebanyak 20 lot disediakan untuk Car Boot Sale Night Markets yang akan diadakan setiap Sabtu bermula 5 September 2026, jam 4 petang hingga tengah malam.

Dalam itu Walter berharap program berkenaan dapat mencapai objektifnya selain mengalu-alukan inisiatif seumpama itu dan idea lain bagi terus memeriahkan bandar Sandakan.

Beliau berkata Car Boot Sale Night Markets itu juga dilihat sebagai satu percubaan baharu di pusat bandar Sandakan sekali gus menyediakan satu lagi platform untuk mengembalikan kemeriahan kawasan berkenaan, bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi sepanjang tahun.

Sementara itu Walter turut menjemput pemilik kedai di pusat bandar Sandakan dan orang ramai menghadiri Program Town Hall MPS pada 27 Ogos ini bermula jam 8 pagi di Dewan Masyarakat Sandakan bagi membincangkan pembangunan ekonomi daerah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Afendi berkata idea menganjurkan Jualan But Kereta tercetus dengan matlamat untuk menghidupkan kembali bandar Sandakan khususnya suasana pada waktu malam.

Ujarnya program seumpama itu juga dijangka memberi peluang kepada golongan belia dan peniaga mengetengahkan produk unik termasuk makanan dan minuman serta pelbagai barangan di samping menjana pendapatan tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved