Cara Beli Petrol BUDI95 Guna Apps CaltexGO sangat mudah dan pantas. Aplikasi ini membolehkan anda mengisi minyak dengan harga subsidi terus dari telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter.
Bagi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini (25 September) melalui portal rasmi budimadani.gov.my
Apa itu CaltexGo

CaltexGO ialah aplikasi mudah alih rasmi Caltex Malaysia yang direka untuk memudahkan pengguna mengisi minyak serta menikmati ganjaran Caltex Rewards dengan lebih cepat dan berbaloi.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat pembayaran bahan api terus dari telefon pintar tanpa perlu beratur di kaunter. Setiap isian minyak akan memberi peluang untuk mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus di semua stesen Caltex di Malaysia.
Caltex Rewards menawarkan pelbagai ganjaran menarik daripada jenama terkenal seperti Watsons, FamilyMart, MYDIN, 7-Eleven, Lotus’s, Grab, Touch ‘n Go dan banyak lagi.
Pengguna baharu juga akan menerima 500 mata ganjaran alu-aluan selepas pendaftaran dan transaksi pertama, selain bonus hari jadi 500 mata sempena bulan kelahiran.
Dengan pelbagai cabaran serta tawaran eksklusif yang tersedia dalam aplikasi, pengalaman mengisi minyak kini bukan sahaja mudah tetapi juga lebih menyeronokkan.
Cara Daftar Aplikasi CaltexGo
Untuk mula menggunakan aplikasi CaltexGO dan menikmati ganjaran menarik, ikuti langkah pendaftaran mudah seperti berikut:
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit – Kod OTP (One-Time Passcode) akan dihantar ke telefon anda sebagai pengesahan.
- Masukkan Alamat Emel – Kod OTP akan dihantar ke emel anda. Alamat emel ini juga digunakan untuk menerima kemas kini transaksi dan perkhidmatan daripada Caltex.
- Tetapkan Kata Laluan – Gunakan kata laluan ini untuk log masuk ke akaun CaltexGO anda pada masa akan datang.
- Isi Maklumat Peribadi – Masukkan Nama Pertama, Nama Akhir serta Bulan & Tahun Kelahiran.
Cara Login Aplikasi CaltexGO
Untuk mengakses akaun anda di aplikasi CaltexGO, ikuti langkah mudah berikut:
- Tekan “Login” pada skrin utama CaltexGO.
- Masuk menggunakan Nombor Telefon atau Alamat Emel – Kod OTP (One-Time Passcode) akan dihantar untuk pengesahan. Seterusnya, ikuti arahan untuk melengkapkan profil anda.
- Tetapkan Kata Laluan CaltexGO – Kata laluan ini akan digunakan setiap kali anda log masuk pada masa hadapan.
- Isi Maklumat Peribadi – Masukkan Nama Pertama, Nama Akhir serta Bulan & Tahun Kelahiran.
- Tekan “Done” untuk melengkapkan proses log masuk dan migrasi akaun anda.
Cara Beli Petrol BUDI95 Guna CaltexGo
Melalui BUDI95, rakyat Malaysia masih dapat menikmati harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter, dengan had kuota 300 liter sebulan.
Untuk bukan warganegara, harga petrol RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula 30 September 2025.
Bayar Terus Menggunakan Aplikasi CaltexGO
- Matikan enjin kenderaan kemudian tekan “Pump & Pay” pada skrin utama untuk mula mengisi minyak.
- Pastikan lokasi telefon diaktifkan kerana CaltexGO akan mengesahkan lokasi anda.
- Sahkan nombor pam daripada pilihan yang dipaparkan dan tekan “Continue”. Setelah selesai mengisi minyak dan paip pam dipulangkan, tunggu CaltexGO mengesahkan butiran transaksi.
- Semak dan sahkan kaedah pembayaran serta pilihan program kesetiaan anda. Sebarang promosi, diskaun atau baucar yang layak akan digunakan secara automatik. Tekan “Pay” untuk melengkapkan pembayaran.
- Tunggu paparan “Payment Success” muncul sebagai tanda pembayaran berjaya.
Tip: Tekan “View Transaction Detail” untuk melihat jumlah mata ganjaran yang diperoleh. Ringkasan transaksi digital juga akan dihantar ke emel anda.

Bayar Dengan Tunai atau Kad Kredit/Debit
- Tekan “Rewards QR Code” pada skrin utama aplikasi CaltexGO.
- Anda boleh mengaktifkan pilihan untuk menggunakan kod QR Caltex Rewards.
- Sebarang promosi atau baucar yang layak akan digunakan secara automatik pada kod QR unik anda.
- Imbas kod QR di kedai dan buat pembayaran menggunakan wang tunai atau kad kredit/debit fizikal. Kod QR ini akan diperbaharui setiap 2 minit.
Tip: Tekan “View Point History” pada skrin utama untuk melihat jumlah mata Caltex Rewards yang diperoleh selepas menggunakan kod QR.
Senarai Lokasi Stesen Minyak Caltex yang Menerima CaltexGo

Anda boleh semak senarai lokasi Stesen Minyak Caltex yang menerima CaltexGo : https://www.caltex.com/my/motorists/caltexgo/caltexgo-stations.html
Muat Turun Aplikasi CaltexGo

Untuk kemudahan semakan BUDI MADANI RON95 dan pembelian bahan api bersubsidi di stesen CALTEX, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi CaltexGo melalui:
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.chevron.caltexgo.prod&hl=en
- Apple Apps Store : https://apps.apple.com/au/app/caltexgo-rewards/id1607535654?mt=8
Soalan Lazim CaltexGo
1. Apakah telefon yang serasi dengan aplikasi Caltex?Semua peranti yang menggunakan Apple iOS 12/Android 5.1.1 atau versi lebih terkini adalah serasi.
2. Di manakah saya boleh memuat turun aplikasi CaltexGO?CaltexGO boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.
3. Adakah saya perlu mendaftar?Ya. Anda perlu mendaftar untuk membuka akaun CaltexGO bagi menikmati ciri-ciri aplikasi mudah alih ini. Jika anda belum berbuat demikian, sila ikuti arahan yang tertera pada skrin.
Ya. Anda boleh membuat pembelian bagi kedua-dua jenis bahan api, iaitu Petrol dan Diesel.
5. Bolehkah saya menggunakan aplikasi CaltexGO untuk membeli produk di kedai serbaneka?Tidak. Pada masa ini, CaltexGO hanya terhad untuk pembelian bahan api di stesen Caltex yang mengambil bahagian.
6. Telefon saya tidak mempunyai isyarat. Apakah yang perlu saya lakukan?Untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran mudah alih, isyarat 3G atau lebih baik diperlukan. Sila pastikan GPS anda disambungkan atau fungsi ‘Location Services’ telah diaktifkan.
Sekiranya anda masih mengalami kesukaran mendapatkan isyarat perkhidmatan, anda boleh membuat pembayaran bahan api di kedai seperti kebiasaannya.
Anda hendaklah segera memaklumkan Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1800 88 3188 atau e-mel ke myhqcsc@chevron.com untuk memohon pembatalan akaun CaltexGO atau penggantungan sementara.
8. Apakah jenis kad pembayaran yang diterima?Kami menerima kedua-dua jenis pembayaran kad kredit dan kad debit: Visa dan MasterCard.
9. Bagaimanakah cara untuk saya memilih lokasi stesen Caltex?Aktifkan GPS atau “Location Services” dalam tetapan telefon anda bagi mengenal pasti lokasi stesen Caltex semasa. Setelah itu, anda boleh menggunakan ciri Mobile Pay dalam CaltexGO untuk membuat pembayaran bahan api.
10. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai soalan lain berkaitan dengan akaun CaltexGO saya?Sila hantarkan pertanyaan anda melalui Borang Maklum Balas kami.
Baca juga:


