Lesen Memandu ‘Expired’ Lebih 3 Tahun Tak Layak Subsidi RON95

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 8:57 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Rakyat Malaysia yang gagal memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) lebih daripada tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat sejumlah 925,421 individu yang telah tamat tempoh lesennya tidak melebihi tiga tahun, dengan 154,641 daripadanya hampir mencecah tempoh tiga tahun.

“Saya ingin menasihatkan 925,000 orang ini walaupun lesennya masih aktif tetapi tidak diperbaharui supaya segera memperbaharui lesen mereka terutamanya yang telah mencapai hampir tiga tahun.

“Ada lebih 154,000 orang yang lesennya tidak diperbaharui hampir tiga tahun, mereka tidak layak dapat subsidi RON95 automatik sebab apabila lesen tidak sah, secara automatik akan disekat melalui sistem Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Baca juga: Subsidi RON95 : Semakan Kelayakan Budi Madani (BUDI95)

@ecentral.my

Start 30 September 2025, ada 3 cara beli minyak petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 anda kena tahu 🚗: 1. Tunai: Bagi IC kepada cashier di kaunter 2. Cashless/Kad: Verify IC di terminal pam minyak 3. Pembayaran digital: Guna app TNG, Setel & CaltexGO Yang takde lesen atau lesen mati, hadap lah bayar RM2.60/liter 😅 #budi95 #subsidipetrolron95 #ron95rm199 #mykad

♬ original sound – eCentral – eCentral

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Pemegang lesen berkenaan diseru untuk segera memperbaharui lesen memandu bagi mengelak diwajibkan menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03).

Berdasarkan rekod terkini JPJ, terdapat sejumlah 2.4 juta pemegang CDL berada dalam status tidak aktif iaitu telah tamat tempoh melebihi tiga tahun.

image is not available
image is not available

Sejak pengumuman berkaitan BUDI RON95 pada 22 September lalu, JPJ telah merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan lesen memandu menerusi pelbagai saluran urus niaga seperti aplikasi MyJPJ, mySikap, kiosk atau mana-mana kaunter JPJ seluruh negara.

Sumber: Berita RTM

Bagi yang masih belum renew lesen, anda kini boleh berbuat demikian secara online melalui MyJPJ atau MySikap.

Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk artikel berikut: Cara Renew Lesen Memandu Online (MyJPJ / MySikap)

    Soalan Lazim Semakan Subsidi Petrol RON95 / BUDI95

    Bila harga minyak petrol RON95 akan turun ke RM1.99?

    Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

    Siapa yang akan menerima manfaat ini?

    Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
    -Pemandu kereta
    -Penunggang motosikal
    -Belia seawal usia 16 tahun
    -Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
    Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.

    Apakah skop subsidi bersasar ini?

    Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.

    Berapa perbezaan antara harga semasa dan harga baharu?

    Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.

    Apa mekanisme pelaksanaan yang akan digunakan?

    Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
    Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
    Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
    Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.image is not available

    Apa perlu buat jika MyKad rosak?

    Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online melalui JPN E-Services.

    Bagaimana nak check kelayakan subsidi petrol RON95 Budi Madani?

    Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (Subsidi petrol BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September di https://www.budimadani.gov.my/

    Adakah pengisian petrol RON95 terhad kepada sekali sehari?

    Tidak. Tiada sekatan untuk isi minyak RON95 lebih daripada sekali dalam sehari.image is not available

    Perlu ke bawa lesen memandu untuk isi RON95?

    Lesen tak perlu bawa, tapi pastikan lesen anda tak expired ya. Anda hanya perlu bawa MyKad untuk isi minyak RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99/liter.image is not available

    Boleh ke guna Touch n Go untuk isi minyak RON96 dengan harga subsidi RM1.99 seliter?

    Boleh. Anda hanya perlu sahkan akaun supaya tak perlu imbas IC setiap kali nak isi minyak.image is not available

    Boleh ke guna Setel untuk isi minyak petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter?

    Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun dan lakukan proses verifikasi untuk dapatkan harga petrol RON95 bersubsidi.image is not available