Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan

Cooking
28 Feb 2023 • 5:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

APABILA sebut mengenai sosej, ramai yang membayangkan makanan berproses yang mengandungi banyak bahan perasa dan pengawet yang tinggi.

Sesekali memakannya tidak salah, tapi kalau selalu memang memang bahaya. Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan tujuh bahaya yang tersembunyi di dalam makanan berproses termasuk menaikkan kolesterol jahat, meningkatkan risiko kanser usus, tinggi kandungan lemak tepu, risiko obesiti dan tinggi kandungan garam.

image is not available

Belum terlambat rasanya untuk golongan ibu buat sosej homemade di rumah. Tak hanya sihat, menjimatkan perbelanjaan.

Resipi Marlina Musafir ini berbaloi dicuba. Hanya dengan tujuh bahan sosej digemari anak-anak siap tersedia.

HOMEMADE SOSEJ VERSI SIHAT

“Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Apa yang penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan,” katanya.

Bahan-bahan:

image is not available
500 gram isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh lada hitam (opsyenal)
1 sudu chili flakes (opsyenal)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran (carrot, daun sup, mushroom)
Cream cheese (opsyenal, boleh ganti dengan keju jenis lain)
Tepung ubi (secukupnya)

Cara penyediaan:

image is not available

1. Kisar semua bahan di atas (saya gunakan food processor).

 

2.Paipkan ke dalam plastik aiskrim. Ikat ketat pada hujungnya bertujuan supaya air tidak masuk semasa proses merebus.

3.Rebus sampai masak. Saya hanya kukus lebih kurang 15 hingga 20 minit.

image is not available

4.Sudah siap masak, boleh sejukkan, buka plastik dan goreng. Hendak sejuk bekukan pun boleh.

5.Adunan ini boleh dapat dalam 15 batang sosej. Saiz sesuakan dengan yang anda inginkan.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan