Di Malaysia, individu atau ibu bapa yang ingin membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk diri sendiri atau anak-anak kini boleh melakukannya secara online melalui portal rasmi myASNB di myasnb.com.my dengan deposit serendah RM10!
Kaedah ini lebih mudah kerana tidak perlu lagi beratur atau hadir ke kaunter cawangan ASNB. ASB merupakan salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana menawarkan pulangan dividen yang stabil serta risiko yang rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang.
@ecentral.my Ada RM10 pun dah boleh melabur dalam ASB tau! Ni cara buka akaun ASB online. Mula sekarang. Tahun depan boleh merasa dividen 5%. #asb #asnb #myasnb #dividenasb #simpanan #pelaburanasb #pelaburan #asbonline #realmeซูมให้ได้ซีน
♬ bounce (i just wanna dance) – фрози & joyful
ASB sangat sesuai sebagai permulaan untuk mereka yang tidak ada asas dalam pelaburan dan sesuai juga untuk anda ‘park’ dana kecemasan sebab mudah nak keluarkan.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang ASB dan tutorial cara nak buka akaun ASB secara dalam talian melalui Portal myASNB.
BACA JUGA: MyASNB Login – Cara Daftar ASB Online & Semakan Baki / Dividen
Apa itu ASB (Amanah Saham Berhad)?
ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB.
ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
Melalui ASB, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh dapat dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank sahaja!)

Ciri Utama ASB
- Terbuka Hanya Kepada Bumiputera Malaysia: Menyokong agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
- Harga Tetap RM1 Sebagai Nilai Seunit: Tidak seperti kebanyakan unit amanah lain yang nilai seunit berubah-ubah, harga setiap unit ASB adalah kekal RM1 tanpa turun naik pasaran.
- Dimiliki dan Dijamin Penuh Oleh PNB dan Disokong Kerajaan: Menjamin kestabilan dan kepercayaan pelabur
- Tidak Dikenakan Yuran Pengurusan atau Caj Urus Niaga: Pelaburan sepenuhnya dimanfaatkan untuk pulangan.
Bagaimana ASB Memberi Pulangan?
Pelabur ASB berpeluang menikmati pulangan berbentuk agihan pendapatan tahunan/dividen. Setiap akhir tahun kewangan, pendapatan bersih ASB diagihkan sebagai dividen dan kadang-kadang bonus, bergantung kepada prestasi pelaburan dana di pasaran.

Kelebihan ASB
- Kadar Pulangan Kompetitif: Dividen ASB sering kali lebih tinggi berbanding simpanan tetap di bank konvensional. Contohnya, bagi tahun kewangan berakhir 2024, ASB mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
- Dividen Tidak Dikenakan Cukai: Pulangan dalam bentuk dividen dan bonus ASB adalah bebas cukai untuk pelabur.
- Kecairan Tinggi: Wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk kecemasan tanpa penalti—satu kelebihan besar berbanding simpanan tetap bank.
- Boleh Digunakan Untuk Produk Pembiayaan: Sijil ASB layak dicagar pada sesetengah bank tempatan untuk tujuan pinjaman/overdraft pelaburan.
- Had Simpanan Meningkat kepada RM300,000: Had simpanan maksima untuk akaun ASB telah dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM300,000 bagi setiap individu, memberi peluang pelaburan lebih besar.
- Pelaburan Patuh Syariah: ASB mematuhi prinsip syariah dalam operasi dan pelaburan, menjadikannya pilihan utama di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
ASB boleh diakses secara digital melalui pelbagai platform moden seperti aplikasi mudah alih myASNB, portal myASNB, perbankan internet bank ejen (contohnya Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, AffinOnline, HL Connect, Bank Islam dan AmOnline), aplikasi e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet, serta melalui mesin ATM terpilih seperti Maybank dan CIMB.
Pengguna kini boleh:
- Serta melabur secara automatik (auto-debit) bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa ke kaunter fizik
- Membuka akaun baru, menambah pelaburan, membuat pindahan atau pengeluaran unit ASB
- Menyemak baki dan memuat turun penyata
- Mengurus akaun anak atau waris

Apa Itu myASNB?
Bagi yang belum mempunyai akaun ASB, anda boleh mendaftar secara dalam talian melalui portal myASNB.
myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line) di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Fungsi Utama myASNB
- Daftar akaun baharu ASNB secara online (tanpa ke kaunter)
- Urus dan semak baki pelaburan semua dana ASNB
- Tambah pelaburan atau pindahan (top-up) ke dalam dana
- Pelaburan ke dalam dana ASNB lain
- Jejak semua transaksi terkini dan memuat turun penyata akaun
- Pengeluaran wang, fungsi auto-labur dan pengurusan akaun anak
- Kemaskini profil pengguna dan tukar maklumat peribadi
- Akses harga semasa dana (NAV) dan lokasi cawangan terdekat
Setiap transaksi perlu pengesahan melalui TAC SMS atau sistem myASNB Secure (Push Authentication & Secure TAC) untuk perlindungan tambahan.
Kelebihan myASNB
- Semua urusan pelaburan berlaku secara digital 24/7 tanpa had masa
- Sesuai untuk pelabur individu atau penjaga yang urus akaun anak/waris
- Tidak perlu lagi hadir ke cawangan atau ejen untuk urusan asas pelaburan

Syarat Pendaftaran Akaun
1. Akaun Dewasa
| Pemohon | Warganegara Malaysia – tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan |
| Dokumen yang diperlukan | – Borang Pendaftaran (ASNB DF) – Kad Pengenalan – Wang Tunai (pelaburan permulaan mengikut unit amanah yang dipilih) |
| Tempat memohon | Cawangan-cawangan ASNB/Ejen-ejen ASNB yang dilantik |
2. Akaun Remaja/Bijak
| Pemohon | Penjaga berdaftar dan pemohon yang layak |
| Dokumen yang diperlukan | – Borang Pendaftaran(ASNB DF) – Kad Pengenalan dan/atau Sijil Kelahiran Pemohon – Kad Pengenalan Penjaga Berdaftar – Wang Tunai (pelaburan permulaan mengikut unit amanah yang dipilih) |
| Tempat memohon | Cawangan-cawangan ASNB/Ejen-ejen ASNB yang dilantik |
3. Borang
| Panduan & Contoh Pengisian Borang | Borang Pendaftaran (ASNB DF) bagi Akaun Dewasa atau Akaun Remaja/Bijak |
Kelayakan Melabur
Pelaburan dalam unit amanah ASNB terbuka kepada semua warganegara Malaysia seperti berikut:
1. Harga Tetap
| Nama | Dahulu dikenali sebagai | Pelaburan Permulaan | Usia layak melabur | Had Pelaburan |
|---|---|---|---|---|
| Amanah Saham Bumiputera (ASB) | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | 300,000 |
| Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | 300,000, Bergantung kepada unit yang masih ada |
| Amanah Saham Bumiputera 3 –Didik (ASB 3 Didik) | Amanah Saham Didik (ASD) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| Amanah Saham Malaysia (ASM) | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan) | Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) | Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
2. Harga Berubah
| Nama | Dahulu dikenali sebagai | Pelaburan Permulaan | Usia layak melabur | Had Pelaburan |
|---|---|---|---|---|
| Amanah Saham Nasional (ASN) | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Equity 2 | Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Equity 3 | Amanah Saham Kesihatan (ASG – Kesihatan) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Equity 5 | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Imbang 1 | Amanah Saham Nasional 3 (ASN 3) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Imbang 2 | Amanah Saham Pendidikan (ASG-Pendidikan) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Sara 1 | Amanah Saham Persaraan (ASG-Persaraan) | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
| ASN Sara 2 | – | RM10 | Seawal usia kelahiran | Bergantung kepada unit yang masih ada |
Sila rujuk Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 15 Disember 2017
3. Maklumat Tambahan
i. Matrik Kelayakan
Kategori Melayu layak jika warganegara Malaysia dan beragama Islam.
Pribumi Sabah, Pribumi Sarawak dan Orang Asli layak sekiranya warganegara Malaysia.
Campuran Sabah (Sino Native) layak jika warganegara Malaysia, manakala Campuran Sabah (lain-lain) perlu warganegara serta mengemukakan surat PHEANS/MANWPL Labuan.
Campuran Sarawak pula layak jika warganegara Malaysia dengan dokumen sokongan Sijil Anak Negeri Sarawak.

ii. Matrik Campuran Sabah
Jika Ibu Pribumi:
- Bapa Pribumi → Layak
- Bapa Sino → Layak
- Bapa Bukan Pribumi → Layak
Jika Ibu Sino:
- Bapa Pribumi → Layak
- Bapa Sino → Layak
- Bapa Bukan Pribumi → Layak
Jika Ibu Bukan Pribumi:
- Bapa Pribumi → Layak
- Bapa Sino → Layak
- Bapa Bukan Pribumi →
- Layak (sekiranya mengemukakan surat PHEANS/MANWPL)
Nota:
- PHEANS = Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
- MANWPL = Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan

iii. Matrik Campuran Sarawak
Jika Ibu Pribumi:
- Bapa Pribumi → Layak
- Bapa Sino →
- Layak (sekiranya mengemukakan Surat SAN)
Jika Ibu Bukan Pribumi:
- Bapa Pribumi → Layak
- Bapa Sino → Tidak Layak
Nota:
- SAN = Sijil Anak Negeri dari Mahkamah Bumiputera Sarawak

Cara Buka Akaun ASB/ASNB Online
Pengguna boleh membuka akaun ASB atau akaun ASNB secara online melalui aplikasi rasmi myASNB tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal.
Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.
Untuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:
LANGKAH 1: Muat turun aplikasi myASNB di di App Store, Google Play, atau App Gallery.

LANGKAH 2: Daftar Akaun Baharu
Buka aplikasi dan pilih pilihan “Daftar Akaun Baru”. Masukkan maklumat peribadi berikut dengan tepat:
- Nama penuh mengikut MyKad
- Nombor IC (MyKad/MyKid)
- Nombor telefon bimbit yang aktif dan atas nama sendiri
- Alamat emel yang sah
Pastikan maklumat ini tepat kerana ia akan digunakan untuk proses pengesahan akaun melalui eKYC serta pengesahan OTP (One-Time Password).

LANGKAH 3: Pengesahan Identiti Digital (eKYC)
- Gunakan kamera telefon untuk imbas depan dan belakang MyKad/MyKid.
- Ambil swafoto (selfie) dengan pencahayaan cukup dan muka jelas.
- Sistem akan memadankan data anda bagi tujuan pengesahan identiti.
- Anda akan menerima kod OTP melalui SMS untuk pengesahan nombor telefon.

LANGKAH 4: Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan
Setelah pengesahan identiti berjaya, cipta ID pengguna dan kata laluan yang kuat. Pilih juga soalan keselamatan sebagai langkah tambahan melindungi akaun anda.
LANGKAH 5: Buat Pelaburan Permulaan
- Pilih dana ASB yang ingin dilabur (contoh: ASB, ASB2, ASN).
- Buat pelaburan permulaan minimum serendah RM10 menggunakan sistem pembayaran FPX (Perbankan Internet) atau kaedah lain yang disediakan dalam aplikasi.
Selesai!
Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
NOTA: Jika nombor telefon belum dikemaskini dalam sistem ASNB, anda perlu kemaskini di cawangan atau ejen terlebih dahulu sebelum pendaftaran online boleh dibuat.
Rujuk video tutorial di bawah untuk maklumat lanjut:
Cara Buka Akaun ASB untuk Anak (2026)
Pendaftaran akaun ASB untuk anak bawah umur masih perlu dilakukan secara fizikal di cawangan ASNB atau melalui ejen sah seperti bank (Maybank, CIMB, RHB, BSN, Affin Bank) dengan membawa dokumen lengkap seperti MyKid/sijil kelahiran anak dan kad pengenalan ibu/bapa atau penjaga.
Namun, selepas akaun anak dibuka, pengurusan dan pemantauan akaun anak boleh dilakukan secara sepenuhnya melalui aplikasi myASNB oleh penjaga berdaftar.

Caranya mudah sahaja:
- Sediakan dokumen lengkap: MyKid anak, kad pengenalan ibu/bapa atau penjaga, dan dokumen penjagaan jika perlu.
- Kunjungi cawangan ASNB atau ejen bank sah yang menawarkan perkhidmatan buka akaun ASB anak.
- Isi borang pendaftaran akaun anak dan buat deposit permulaan (serendah RM10).
- Akaun anak diaktifkan dan anda boleh urus akaun melalui myASNB selepas itu.

ASNB Bijak – Simpan Duit Raya Anak
ASNB Bijak istimewa untuk pelabur cilik, menjadikan simpanan lebih menyeronokkan dan bermanfaat dengan pelbagai kelebihan menarik untuk anak anda.
Program ini membantu ibu bapa dan penjaga memulakan perjalanan kewangan anak-anak dengan menyemai tabiat menabung dan melabur dari awal, di samping menyediakan peluang pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan unit amanah ASNB.
Syarat Kelayakan
- Akaun ASNB Bijak layak untuk semua kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke bawah yang mempunyai akaun ASNB.
- Pemegang unit sedia ada (minor) secara automatik akan menjadi sebahagian daripada ASNB Bijak.
Cara Buka Akaun ASNB Bijak
- Sediakan dokumen (Sijil Kelahiran / myKid, myKad ibu / bapa / penjaga)
- Kunjungi cawangan atau ejen ASNB
- Mulakan pelaburan dengan serendah RM10




Cara Semak Akaun ASB Anak Secara Online Melalui myASNB
Selepas akaun anak diaktifkan secara fizikal, penjaga boleh menyemak, mengurus dan memantau akaun anak melalui aplikasi myASNB sepenuhnya secara digital. Berikut adalah langkah pentadbiran selepas akaun diaktifkan:
- Dapatkan nombor akaun dan maklumat akaun ASB anak dari pihak ASNB selepas pembukaan akaun fizikal di kaunter.
- Daftar akaun myASNB anda sendiri (ibu/bapa/penjaga) jika belum ada.
- Log masuk ke aplikasi myASNB menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tambah akaun anak ke profil myASNB sebagai akaun ‘Akaun Bijak’ untuk dipantau dan diurus oleh penjaga.
- Pantau baki, dividen serta buat pelaburan tambahan ke akaun anak melalui aplikasi tanpa perlu ke kaunter.
- Aktifkan kemudahan auto-labur supaya pelaburan ke akaun anak berjalan automatik setiap bulan jika diperlukan.
Kelebihan Buka Akaun ASB Untuk Anak
- Simpanan masa depan yang berbaloi dengan dividen tahunan yang kompetitif.
- Modal terjamin dengan pelaburan harga tetap RM1 seunit.
- Mudah dikawal dan dipantau oleh ibu bapa melalui aplikasi myASNB.
- Jadikan simpanan raya dan pemberian hadiah lebih bernilai dengan pelaburan jangka panjang.
NOTA:
- Penjaga sahaja yang dibenarkan membuka akaun ASB untuk anak dan perlu menjadi pemegang akaun myASNB terlebih dahulu.
- Pastikan nombor telefon dan maklumat peribadi penjaga dikemaskini di sistem ASNB sebelum pendaftaran online untuk lancar proses eKYC.
Cara Buka Akaun ASB Di Cawangan ASNB
Selain membuat pendaftaran ASB secara dalam talian (online), anda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:
- 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
- Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
Buat pelaburan permulaan minimum RM10.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: www.asnb.com.my
Program Celik MADANI
Bagi pelajar institut pengajian tinggi dan kolej vokasional, anda boleh dapatkan RM50 percuma sekiranya anda mempunyai akaun ASB atau mendaftar baru akaun ASB.
Program Celik MADANI mensasarkan 200,000 pelajar setiap tahun untuk tempoh lima tahun, bermula dari tahun 2025 hingga 2030.
Setiap pelajar yang layak akan menerima unit amanah percuma bernilai RM50, yang akan dikreditkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM).
Langkah mendaftar aplikasi myASNB untuk Celik MADANI
- Mempunyai akaun ASB/ASM dan belum mendaftar aplikasi myASNB
- Tiada sebarang akaun ASNB.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi myASNB untuk Celik MADANI
- Klik butang buka “akaun”
- Masukkan nombor phone anda
- Masukkan alamat emel anda
- Cipta nama pengguna
- Tetapkan kata laluan
- Lengkapkan soalan keselamatan
- Tetapkan frasa keselamatan
- Tetapkan gambar keselamatan
- Masukkan kod rujukan “Celik MADANI”
- Jawab soalan temtang cukai
- Ambil gambar hadapan dan belakang kad pengenalan diri anda
- Masukkan nama penuh dan no kad pengenalan diri anda
- Pastikan gambar anda mengikut garis panduan
- Tangkap gambar swafoto dan ikut arahan
- Tahniah! Profil anda telah disahkan dan sedia untuk memulakan perjalanan pelaburan
- Tunggu sehingga 24 jam untuk kami sahkan profil anda
- Tahniah! Profil anda telah disahkan dan sedia untuk memulakan perjalanan pelaburan
- Klik ⚙️ untuk dapatkan 12 digit nombor akaun ASNB (UHID)
- UHID yang tertera adalah nombor akaun ASNB anda



















Langkah Kemaskini Maklumat Peribadi di Aplikasi myASNB
- Mempunyai akaun ASB/ASM dan telah memuat turun aplikasi myASNB.
- Maklumat peribadi perlu dilengkapkan di ruangan tetapan di aplikasi myASNB bagi melancarkan proses pengkreditan RM50 unit percuma ke dalam dana pelaburan anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemas kini aplikasi myASNB
- Log masuk aplikasi myASNB dengan kata laluan
- Klik ⚙️ untuk kemaskini maklumat peribadi
- Klik pada lihat maklumat peribadi untuk kemaskini maklumat diri
- Kemaskini maklumat diri anda
- Klik ⚙️ untuk dapatkan 12 digit nombor akaun ASNB (UHID) anda





Rujuk info lebih lanjut di sini: https://www.asnb.com.my/V2/celikmadani2.php
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi ASNB di pautan: https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php
- Tel: 03 – 7730 8899
- WhatsApp: 6019 – 2235747
- Emel: asnbcare@asnb.com.my
Waktu Operasi
- Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam
- (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)
Jangan lupa muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.
BACA JUGA: Pengeluaran ASB – Cara Keluarkan Duit Online & Had Pengeluaran
Soalan Lazim – Cara Buka Akaun ASB Online
Bolehkah saya buka akaun ASB secara online tanpa perlu ke kaunter?Ya, anda boleh buka akaun ASB secara online sepenuhnya melalui aplikasi rasmi myASNB tanpa perlu hadir ke kaunter. Proses termasuk pendaftaran, pengesahan identiti (eKYC), dan pelaburan permulaan boleh dilakukan dalam aplikasi.
Apakah syarat kelayakan untuk buka akaun ASB online?Warganegara Malaysia Bumiputera
Berumur 18 tahun ke atas (kanak-kanak bawah 18 tahun perlu daftar di kaunter dengan penjaga)
Memiliki MyKad yang sah
Nombor telefon bimbit dan alamat email aktif untuk pengesahan OTP/TAC
Anda perlu menyediakan gambar MyKad depan & belakang serta swafoto (selfie) bagi proses eKYC. Data ini dihantar dan disahkan dalam aplikasi sebagai langkah keselamatan.
Berapakah pelaburan permulaan minimum untuk buka akaun ASB online?Pelaburan pertama boleh dibuat serendah RM10 menggunakan kaedah pembayaran FPX atau perbankan online yang disediakan dalam aplikasi myASNB.
Bolehkah saya buka akaun ASB untuk anak secara online?Pendaftaran akaun ASB untuk anak bawah umur masih perlu dilakukan secara fizikal di cawangan ASNB atau melalui ejen sah seperti bank (Maybank, CIMB, RHB, BSN, Affin Bank) dengan membawa dokumen lengkap seperti MyKid/sijil kelahiran anak dan kad pengenalan ibu/bapa atau penjaga.
Berapa lama proses pengesahan akaun selepas daftar online?Biasanya proses pengesahan eKYC dan aktivasi akaun mengambil masa antara 5 hingga 10 minit, tetapi bergantung kepada kualiti gambar dan kelancaran sambungan internet. Kadang-kadang sehingga 24 jam jika ada isu teknikal.
Adakah perlu ke cawangan selepas daftar akaun ASB online?Tidak perlu jika semua proses eKYC dan pembayaran pelaburan permulaan berjaya dilengkapkan dalam aplikasi. Anda boleh mengurus akaun penuh secara digital.
Bagaimana saya semak baki dan dividen ASB selepas akaun aktif?Semua semakan baki, rekod pelaburan, dividen dan penyata akaun boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi myASNB atau portal rasmi myasnb.com.my.
Siapakah golongan bumiputera yang layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar)?Bumiputera adalah Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakrif di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperi yang didefinasikan di dalam Akta Orang Asli 1954.
Adakah golongan bukan bumiputera dibenarkan melabur di dalam tabung unit amanah ASNB yang dikhaskan untuk bumiputera?Terdapat beberapa golongan bukan bumiputera iaitu warganegara Malaysia yang dibenarkan untuk melabur di dalam unit amanah ASNB seperti yang termaktub dalam Prospektus Induk ASNB dan Helaian Serlahan Produk.
Siapakah golongan yang tidak layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar)?– Bukan Warganegara
– Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia
– Bukan warganegara Malaysia
Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja)
Tidak dapat mengemukakan dokumen yang menunjukkan keturunan yang dibenarkan melabur
Gagal memberi maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASNB
Baca juga:
