Dr Fie syukur anak dikembalikan semula ke pangkuan – “Tolong jangan buat lagi”

LocalFamily & Parenting
23 Mar 2026 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan,  Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya kembali ke pangkuannya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anak kembali ke pangkuan

image is not available

Menerusi satu perkongsian ringkas di Threads, Dr Fie meluahkan rasa lega dan bahagia selepas melalui detik yang sukar sebelum ini kerana menyambut hari raya pertama tanpa kehadiran anak-anak tercinta.

“Finally, my children are back in my arms. Please jangan buat lagi ok?,” ciapannya, semalam.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menzahirkan rasa syukur serta mendoakan agar urusan Dr Fie dipermudahkan khususnya demi menjaga anak-anak.

image is not available

Sebelum ini, Dr Fie memaklumkan anak-anaknya beraya dahulu bersama bapa mereka iaitu Nubhan sebelum meraikan hari mulia itu bersamanya pada hari kedua Syawal.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan perceraian pasangan itu selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus memutuskan lafaz talak kali kedua yang dilafazkan oleh Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah menurut hukum syarak serta undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan Ahmad dan Dr. Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber: Threads drfietawfek