Cara paling selamat cuci buah sebenarnya tidak rumit.
Sebelum makan, potong atau kupas buah, basuh dahulu di bawah air mengalir. Gosok perlahan dengan tangan. Untuk buah berkulit keras seperti epal, pear, jambu, timun atau tembikai, boleh gunakan berus bersih khas untuk buah dan sayur.
Ramai orang fikir, “Kalau nak kupas kulit, tak perlu basuh.”
Sebenarnya tetap perlu basuh dulu. Sebab kotoran, bakteria atau sisa racun pada kulit boleh berpindah ke isi buah melalui tangan, pisau atau papan pemotong. Jadi walaupun kulit itu akan dibuang, basuh tetap penting sebelum dikupas atau dipotong.
Kalau risau tentang residu racun pada buah tertentu seperti epal atau anggur, baking soda boleh digunakan sebagai langkah tambahan. Baking soda bersifat sedikit alkali dan boleh membantu melonggarkan sebahagian residu racun tertentu yang melekat pada permukaan buah, terutama pada lapisan kulit atau lilin buah.
Caranya, larutkan sedikit baking soda dalam air, rendam sekitar 10-15 minit, gosok perlahan, kemudian bilas semula dengan air mengalir.
Namun baking soda bukan jaminan semua racun hilang. Ada residu yang boleh melekat kuat atau meresap ke dalam kulit buah. Jadi matlamat kita ialah mengurangkan pendedahan, bukan menghilangkan 100%.
Air garam pula tidak terbukti lebih berkesan untuk membuang residu racun berbanding basuhan air mengalir. Fruit wash organik juga tidak semestinya lebih baik. Ada yang boleh meninggalkan sisa bahan pencuci jika tidak dibilas dengan sempurna.
Yang penting, elakkan mencuci buah dengan sabun, pencuci pinggan atau peluntur. Bahan ini bukan untuk makanan dan boleh meninggalkan sisa yang tidak sepatutnya masuk ke dalam tubuh.
Ringkasnya:
Basuh bawah air mengalir.
Gosok perlahan.
Basuh sebelum kupas.
Bilas semula sebelum makan.
Kadang-kadang langkah paling selamat bukan yang paling rumit, tetapi yang kita buat dengan betul setiap hari.
#PublicHealthMalaysia
#KeselamatanMakanan
#InfoKesihatan
#SihatBersamaPHM
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
