Cara Dapatkan Semula Sijil SPM Yang Hilang

LocalLifestyle
5 May 2026 • 11:40 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Cara dapatkan Sijil SPM yang hilang adalah penting untuk diketahui jika anda berdepan situasi kehilangan dokumen rasmi ini.

Bagi yang kehilangan sijil SPM, anda boleh memohon secara online melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/

Sijil SPM (bukan slip SPM tau) sangat penting terutamanya kepada mereka terutamanya untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Rujuk cara dapatkan semula sijil SPM yang hilang di bawah.

Mengenai SPM

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.

Peperiksaan ini diiktiraf setaraf dengan GCE O-level dan penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti:

  • Cambridge International Examinations (CIE)
  • New Zealand Qualification Authority (NZQA)
  • Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
  • Pearson
  • CITO

Objektif SPM

Peperiksaan ini dijalankan untuk persijilan mata pelajaran.

Ia juga merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.

Syarat Menduduki SPM

Syarat menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan/Sekolah Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau;
  • Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM Vokasional/Malaysia Certificate of Education (MCE)/School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) atau;
  • Mereka yang telah mencapai umur 19 tahun pada 1 Januari dalam tahun peperiksaan semasa.

Kepentingan Sijil SPM

Antara kepentingan sijil ini adalah seperti berikut:

  • Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi.
  • Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa.
  • Memohon pekerjaan.
  • Mengetahui pentaksiran pendidikan murid sepanjang tempoh pendidikan menengah tingkatan lima.

Cara Mohon Salinan Sijil SPM Hilang

Permohonan salinan sijil sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:

  1. Secara dalam talian melalui Portal Lembaga Peperiksaan.
  2. Secara walk in di Kaunter Sijil
  3. Permohonan Melalui Pos

1. Cara Mohon Salinan Sijil SPM Hilang Secara Online

Cara untuk mendapatkan sijil SPM yang hilang secara online, anda boleh lakukan cara berikut:

  1. Klik di pautan https://elp.moe.gov.my/auth/login.
  2. Buat pendaftaran akaun sekiranya anda belum mempunyai akaun.
  3. Kemudian login dengan memasukkan alamat emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik pada ikon ‘Salinan Keputusan.’
  5. Klik pada simbol ‘+‘ untuk memohon.
  6. Pilih salinan sijil SPM.
  7. Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
  8. Masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil.
  9. Kemudian ‘Proceed’ untuk kaedah penghantaran.
  10. Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan sijil dan tambahan RM10.00 bagi kaedah kiriman pos.

Selain salinan sijil SPM, anda juga boleh dapatkan salinan sijil PMR / SRP / SPMU / DLL melalui kaedah yang sama.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

Image from: Cara Dapatkan Semula Sijil SPM Yang Hilang
LANGKAH 1: Layari portal Lembaga Peperiksaan https://elp.moe.gov.my/auth/login & klik log masuk.

e-lembaga peperiksaan

LANGKAH 2: Klik pada ikon Salinan Keputusan.

sijil SPM hilang
LANGKAH 3: Klik pada simbol + untuk memulakan permohonan.

e-lembaga peperiksaan sijil hilang
LANGKAH 4: Pilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan. Contoh nak salinan sijil SPM, pilih SPM.
e-lembaga peperiksaan
LANGKAH 5: Skrol ke bawah dan tekan butang Cari.

e-lembaga peperiksaan sijil hilang
LANGKAH 6: Semak dan sahkan maklumat. Isi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.
Dekat sini anda perlu masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.

Image from: Cara Dapatkan Semula Sijil SPM Yang Hilang
LANGKAH 7: Dah siap check dan isi, sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.

Dah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.

Selesai!

Caj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan, dan tambahan RM10.00 bagi yang memilih kaedah kiriman pos untuk dapatkan salinan sijil terus ke rumah anda.

2. Cara Mohon Salinan Sijil SPM Hilang Secara Walk In

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).

Pemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web Lembaga Peperiksaan).

Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja
3. Cara Mohon Salinan Sijil SPM Hilang Melalui Permohonan Pos

Pemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06.

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web Lembaga Peperiksaan.

Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/06 boleh didapati di kaunter sijil LP Putrajaya, boleh dimuat turun dari laman web LP di lp.moe.gov.my atau muat turun di bawah (PDF).

Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama “AKAUNTAN NEGARA”. Cek persendirian tidak diterima.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN LP/SIJIL/Pin 1.06. DI BAWAH:

Borang-Permohonan-Salinan-Keputusan-LPSIJILPin-106MUATTURUN

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528 atau layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikut: https://www.moe.gov.my/sijil-spm

BACA JUGA: Cara Dapatkan Sijil STPM yang Hilang

Soalan Lazim Cara Dapatkan Semula Sijil SPM Yang Hilang

Bagaimana cara mendapatkan semula sijil SPM yang hilang?

Terdapat tiga cara utama untuk mendapatkan semula sijil SPM yang hilang:
1. Secara Dalam Talian (Online): Melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan (eLP).
2. Secara Pos: Mengisi Borang LP/SIJIL/Pin 1/96a dan menghantarnya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
3. Secara Hadir Sendiri: Hadir ke kaunter sijil di lobi utama aras 2, Blok E11, Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan?

Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap, Salinan kad pengenalan pemohon (IC), Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang (Money Order) atas nama Pengarah Peperiksaan.

Berapakah bayaran yang dikenakan?

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00 bagi satu salinan sijil (tidak termasuk kos pos).

Berapa lamakah masa yang diambil untuk sijil baru dikeluarkan?

Proses mengeluarkan salinan sijil SPM mengambil masa bergantung kepada kaedah permohonan. Permohonan melalui pos mengambil masa lebih lama berbanding hadir sendiri.

Bolehkah orang lain mengambil sijil bagi pihak saya?

Ya, sekiranya anda tidak dapat hadir sendiri, anda perlu menyediakan surat kuasa (muat turun di website Lembaga Peperiksaan) dan wakil perlu membawa dokumen pengenalan diri pemohon.

Adakah sijil yang dikeluarkan sama dengan sijil asal?

Salinan yang dikeluarkan adalah “Salinan Keputusan” yang diiktiraf sah oleh Lembaga Peperiksaan untuk semua urusan rasmi. [1]

View Original Article