Cara Jaga Pokok Pisang Untuk Dapatkan Hasil Buah Maksimum

15 Jan 2024 • 11:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Cara Jaga Pokok Pisang Untuk Dapatkan Hasil Buah Maksimum

Sebut sahaja pokok pisang, tanaman ini boleh ditemui di kebanyakan tempat khususnya di kawasan kampung. Lebih-lebih pisang merupakan buah-buahan tempatan dan popular dalam kalangan rakyat.

Kebiasaannya, ia dijadikan sebagai pencuci mulut seperti kek, kuih, dan boleh dimakan terus atau digoreng. Selain rasanya lazat untuk dimakan, buah ini kaya dengan khasiat yang baik untuk badan.

Disebabkan itu, penanaman pokok pisang sangat popular di Malaysia di samping proses penanamannya yang paling mudah diusahakan serta tidak memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan tanaman yang lain. Para petani juga tidak terlepas dengan menanam pokok ini di ladang mereka.

Namun, ramai yang mengambil mudah penjagaannya disebabkan pokok ini mudah ditanam. Tahukah sebenarnya penjagaan daun pokok pisang juga dapat menghasilkan buah pisang yang maksimum iaitu hanya dengan mencantas sahaja.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tip bermanfaat yang disampaikan oleh Mohd Nor di Facebook Kumpulan Berkebun Untuk Beginner.

Cara Jaga Pokok Pisang

image is not available
Gambar: Mohd Nor

Tip Penjagaan Pokok Pisang

Bila tanam pokok pisang mesti semua ingat mudah je. Pokoknya senang hidup dan berbuah tapi tahukah anda kalau penjagaannya betul. Penghasilan buahnya akan maksimum. Ni Cara-caranya.

image is not available
Gambar: Mohd Nor

Pertama, tinggalkan daun lapan helai sehingga pokok besar.

Kedua, apabila keluar jantung tinggalkan daun enam helai.

image is not available
Gambar: Mohd Nor

Ketiga, apabila buah habis keluar tinggalkan daun empat helai dan buang jantungnya.

Keempat, kemaskan pangkal pokok. Buangkan selaput yang mati supaya pokok lebih segar.

image is not available
Gambar: Mohd Nor

Kelima, sekiranya anak pokok terlalu banyak boleh pindahkan ke tempat lain supaya pencahayaan lebih sempurna. Pokok akan rendang. Semoga bermanfaat.

image is not available
Gambar: Mohd Nor

Sumber: Facebook Mohd Nor via Facebook Kumpulan Berkebun Untuk Beginner.