Cara membayar dengan Google Pay di Malaysia

Digital
15 Nov 2022 • 1:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google Wallet telah diumumkan tiba di Malaysia. Ini membolehkan peranti Android yang memiliki NFC, boleh digunakan sebagai medium pembayaran tanpa tunai. Tidak perlu lagi keluarkan kad fizikal dari dalam dompet.

Pasti ramai yang tidak tahu cara untuk menggunakannya, tetapi ia sebenarnya tidak banyak berbeza dengan cara penggunaan Apple Pay dan Samsung Pay. Untuk membantu anda semua, di sini saya tunjukkan cara untuk menggunakan Google Pay di Malaysia.

A. Tambah kad ke dalam Google Wallet

Pertama sekali, kena pastikan anda memiliki kad yang serasi digunakan bersama Google Pay. Boleh rujuk senarai penuh di sini. Kad ini perlulah ditambah ke dalam aplikasi Google Wallet (sebelum ini dikenali sebagai Google Pay). Pastikan anda telah memasangnya di dalam peranti, atau muat turun di Google Playstore.

Selepas itu, ikuti langkah di bawah ini:

  1. Buka aplikasi Google Wallet
  2. Tekan butang ‘Add a card’
  3. Tekan pada ‘New credit or debit card’
  4. Baca terma dan syarat jika rajin dan tekan butang ‘Accept’
  5. Dapatkan pengesahan bank menerusi SMS, email atau hubungi bank
  6. Selesai, anda boleh tetapkan Google Pay sebagai mod pembayaran lalai

image is not available

image is not available

Anda boleh ulangi langkah ini untuk menambah kad lain ke dalam Google Wallet.

B. Bayar guna Google Pay

Setelah selesai menambah kad ke dalam Google Wallet, maka anda sudah bersedia untuk menggunakannya untuk pembayaran. Sebenarnya, pembayaran Google Pay diterima di semua terminal pembayaran kad kredit yang menggunakan NFC, sama seperti Apple Pay dan Samsung Pay. Anda boleh membuat bayaran tanpa kadar minima, hatta 10 sen di pelbagai tempat termasuk kedai runcit seperti 7-Eleven.

Cara untuk membayar adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Google Wallet
  2. Tekan pada kad yang mahu digunakan, ia akan menunjukkan logo G Pay dan berubah kepada logo wayarles
  3. Apabila terminal sedia menerima bayaran, rapatkan telefon ke terminal sehingga ia sah menerimanya
  4. Pembayaran selesai dan transaksi dimasukkan ke dalam ‘Recent activity’.

image is not available

Google akan menggunakan nombor kad maya, bukannya nombor kad sebenar apabila membuat pembayaran melalui Google Pay. Ia dibuat untuk meningkatkan tahap keselamatan.

Google Pay selamat dan pantas?

Sebagai seseorang yang telah menggunakan Apple Pay dan Samsung Pay, saya agak risau kerana Google Pay tidak memerlukan pengesahan biometrik atau nombor pin sebelum pembayaran. Buka aplikasi dan tekan kad, terus boleh buat bayaran. Sedangkan di Apple Pay dan Samsung Pay, perlu mengesahkan dengan Face ID, Touch ID atau pengimbas capjari dahulu, baru boleh membayar.

Malah, tiada cara untuk melancarkan Google Pay dengan pantas. Di iPhone, anda cuma tekan butang kuasa dua kali. Di telefon Samsung pula, hanya leret dari bawah skrin ke atas untuk melancarkan Samsung Pay.

Buat masa ini, saya masih belum temui berapakah had transaksi menggunakan Google Pay di Malaysia. Di Samsung Pay, ia mengikut had pembayaran tanpa sentuh bank iaitu RM250. Manakala Apple Pay, tiada had langsung.

Tetapi kena ingat, paling penting adalah mengawal perbelanjaan sendiri. Jangan sebab dah senang nak bayar guna peranti, boros pula berbelanja.

Bacaan Berkaitan