Cara Mohon Rayuan BKJ 2026 boleh disemak melalui laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
Bagi rakyat Johor yang layak tetapi belum tersenarai, permohonan rayuan BKJ 2026 dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026 untuk semakan dan permohonan semula.
Manakala, bagi penerima yang layak, tempoh penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dilanjutkan sehingga 28 Jun 2026 bagi memastikan proses serahan adalah lebih lancar.
Berikut dikongsikan cara mohon rayuan BKJ (Bantuan Kasih Johor) 2026 untuk panduan anda.
Apa Itu Rayuan BKJ 2026?
Rayuan BKJ 2026 (Rayuan Bantuan Kasih Johor) ialah fasa permohonan semula yang dibuka oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyat yang tidak tersenarai menerima bantuan kewangan pada Fasa 4 sebelum ini.
Inisiatif di bawah agenda kebajikan Belanjawan Johor ini berfungsi sebagai jaring keselamatan sosial bagi memastikan bantuan tunai one-off disalurkan secara adil kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.
Melalui proses semakan semula data ini, pemohon yang mempunyai perubahan status ekonomi, kesilapan dokumen, atau terlepas tarikh serahan fizikal berpeluang mengemaskini profil peribadi mereka agar dinilai semula.
Bila Tarikh Rayuan BKJ 2026 Dibuka?
Tarikh rayuan BKJ 2026 akan dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026.
Tarikh ini sebenarnya tarikh baru yang ditukar daripada tarikh asal (yang sepatutnya bermula 1 Jun) bagi memberi laluan kepada pelanjutan tempoh serahan bantuan fizikal Fasa 4 sedia ada yang dijadualkan selesai pada 28 Jun 2026.
Jangan keliru ya!

Cara Mohon Rayuan BKJ 2026
Rayuan BKJ 2026 boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026. Untuk membuat permohonan rayuan BKJ 2026, anda boleh rujuk cara-cara yang dikongsikan di bawah:
Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit atau Berkeperluan Khas
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
- Buat semakan status terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Semak”.
- Bagi penerima yang layak tetapi terdiri daripada golongan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit atau Berkeperluan Khas boleh tekan butang “Saya adalah penerima uzur/OKU“.
- Isi maklumat terkini seperti alamat dan nombor telefon. Kemudian, klik “Hantar”.
Rayuan dan Permohonan Baru
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
- Sekiranya setelah membuat semakan dan status memaparkan anda tidak tersenarai untuk menerima BKJ 2026. Anda boleh teruskan dengan membuat permohonan baru. Klik “Permohonan Baru“.
- Pilih kategori bantuan yang hendak dimohon & tandakan kotak kecil untuk meneruskan permohonan. Klik “Teruskan“
- Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar”.
Khas Bagi Penerima Tidak Hadir Semasa Terimaan BKJ Dilaksanakan
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
- Jika anda tidak hadir semasa tarikh terimaan BKJ dilaksanakan, klik “Kemaskini Maklumat“.
- Sila kemaskini maklumat dengan melengkapkan butiran yang diperlukan. Akhir sekali, klik “Hantar”
Anda juga boleh rujuk panduan bergambar langkah membuat rayuan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 di bawah:



Senarai Inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4
Berikut adalah 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4 yang diumumkan:
- Bantuan Tunai One-Off kepada Warga Emas yang berusia 60 tahun ke atas : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Suri Rumah Tidak Bekerja : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pasangan yang Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025 : RM400/pasangan
- Bantuan Tunai One-Off kepada Penjaja serta Peniaga Kecil Berdaftar dan Berlesen dengan PBT : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah : RM150 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anak Yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin berdaftar di sistem eKasih : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pemandu Bas dan Van Sekolah : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Penerima Bantuan Am Kerjaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY : RM5000 setiap persatuan
- Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor : RM5000 setiap persatuan
- Bantuan Tunai One-Off kepada Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026 : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS : RM1000 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina : RM200 seorang
Kaedah Bantuan Disalurkan
Bantuan akan disalurkan secara tunai kepada penerima yang layak. Penerima akan menerima notifikasi SMS atau akan dihubungi oleh agensi berkaitan mengenai tarikh, masa dan lokasi penyerahan.
Anda boleh rujuk Jadual Penyerahan BKJ 4.0 – Tarikh & Lokasi utnuk mengetahui tarikh, masa dan lokasi penyerahan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut mengenai BKJ 4.0, sila rujuk:
- Portal Rasmi Bantuan Kasih Johor
- Facebook MEDIA DIGITAL JOHOR
- Facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
- Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
- Facebook YPKDT Daerah Johor Bahru
- Facebook Onn Hafiz Ghazi
Baca juga:
- Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ
- Semakan Bantuan Kasih Johor 2026 (PAJ) Fasa 3
Soalan Lazim Rayuan BKJ 2026
Bila tarikh rayuan BKJ di buka?Permohonan rayuan BKJ 2026 dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026 melalui portal rasmi rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan BKJ 2026?– Layari portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor.
– Log masuk menggunakan nombor MyKad anda.
– Klik “Permohonan Baru“.
– Pilih kategori bantuan yang hendak dimohon & tandakan kotak kecil untuk meneruskan permohonan. Klik “Teruskan“
– Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar”.
Tidak perlu. Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan pautan khas “Saya adalah penerima uzur/OKU” di dalam sistem. Sekiranya anda uzur, wakil dibenarkan untuk mengambil bantuan dengan syarat membawa dokumen seperti surat perwakilan, salinan kad pengenalan penerima, dan surat pengesahan daripada ketua kampung atau pihak berwajib.
Apakah syarat utama untuk layak menerima BKJ?Pemohon mestilah anak jati Johor atau telah bermastautin di Johor, serta memenuhi syarat pendapatan isi rumah yang ditetapkan.
Apakah dokumen asas yang diperlukan untuk buat semakan BKJ 2026?Anda hanya memerlukan nombor Kad Pengenalan 12 digit pemohon tanpa tanda sempang (-) untuk membuat semakan Bantuan Kasih Johor.
