Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP 2026

Local
4 Jun 2026 • 4:11 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2026 dan permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.maiwp.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Image from: Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP 2026

Mengenai Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6

Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 merupakan bantuan yang disediakan oleh MAIWP kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.

Ini bagi membantu mereka memulakan persekolahan Tingkatan 6 mereka terutamanya kepada mereka yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Bantuan ini juga menggalakkan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka ke Tingkatan 6 selepas mereka mendapat keputusan SPM.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka kepada mereka yang berminat mulai 15 Jun 2026 hingga 17 Julai 2026.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
  4. Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
  5. Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 tahun 2026.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang permohonan yang boleh di muat turun melalui lawan web https://www.maiwp.gov.my atau:

  • Kaunter Agihan Zakat Aras 2, Bangunan Daruzzakah
  • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan Putrajaya

Bagi pelajar yang belajar di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah menghantar borang yang telah lengkap disi melalui guru-guru Baitulmal di sekolah masing-masing.

Bagi pelajar yang belajar di luar Wilayah Persekutuan hendaklah menghantar borang yang telah lengkap diisi ke cawangan PAZA MAIWP yang berhampiran.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6?

Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 merupakan bantuan yang disediakan oleh pihak MAIWP kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.

Bilakah tarikh permohonan bantuan ini dibuka?

Permohonan dibuka mulai 15 Jun 2026 hingga 17 Julai 2026.

Berapakah jumlah bantuan yang bakal diterima pelajar?

Jumlah bantuan adalah tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.

Jika saya belum menerima surat tawaran ke Tingkatan 6, adakah saya boleh membuat permohonan?

Tidak. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 tahun 2026.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Permohonan boleh dibuat melalui lawan web https://www.maiwp.gov.my atau
– Kaunter Agihan Zakat Aras 2, Bangunan Daruzzakah
– Pusat Agihan Zakat (PAZA)
– MAIWP Cawangan Putrajaya

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2026, sila hubungi :

  • MAIWP Kuala Lumpur (Unit Pendidikan, BAZ): 03-2639 9000
  • MAIWP Putrajaya (Unit Agihan Zakat, MCP): 03-88715000

Baca juga : Program PERMATA Negara 2027 – Syarat & Cara Memohon

View Original Article