Cara Mohon Tambahan Kuota BUDI RON95

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 4:08 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Mulai 1 April 2026, kerajaan telah mengehadkan subsidi BUDI RON95 daripada 300L kepada 200L. Sebenarnya ramai yang ok je sebab memang tak pakai pun RON95 sampai 300L, tapi ada yang kerap travel dan 300L tu ‘cukup-cukup makan’ saja untuk sebulan. Bagi yang betul-betul memerlukan, terdapat butang ‘Permohonan Penambahan Kelayakan’ kuota subsidi ini di laman web rasmi BUDI95. Jom kami kongsikan caranya!

image is not available
Perdana Menteri mengumumkan penyelarasan BUDI95 kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebulan susulan krisis geopolitik di Asia Barat bagi melindungi kesejahteraan rakyat.

Cara Mohon Tambahan Kuota BUDI RON95

  1. Pergi ke website https://www.budi95.gov.my/.
  2. Login menggunakan Digital ID.
  3. Semak sejarah transaksi untuk mengetahui keperluan penggunaan anda setiap bulan.
  4. Kemudian, klik tab – BUDI95 Individu
  5. Klik – Permohonan Penambahan Kelayakan
  6. Isikan butiran dengan lengkap berserta alasan permohonan rayuan dalam borang tersebut.
  7. Sahkan maklumat anda.
  8. Permohonan anda akan diproses.
image is not available
Ini paparan utama setelah log masuk – anda boleh semak berapa liter lagi baki yang tinggal untuk bulan ini.
image is not available
Jika anda klik di bawah tab BUDI95 Individu, ada butang Permohonan Penambahan Kelayakan seperti yang dipaparkan di atas.
image is not available
Anda boleh nyatakan penjelasan dan huraian anda untuk memohon kuota tambahan BUDI95. Setelah selesai, klik butang seterusnya.

Akhir sekali, sahkan maklumat anda. Pastikan semua maklumat betul ya.

Nanti bolehlah check semula di portal https://www.budi95.gov.my/ sama ada permohonan kita diluluskan atau tidak.

Selamat mencuba!

Rujukan :

DISLAIMER : Kami hanya berkongsi salah satu cara alternatif, namun ini bukanlah jaminan untuk mendapat kuota tambahan. Disebabkan krisis tenaga global yang masih berlarutan di Asia Barat, mungkin bilangan permohonan yang akan diluluskan oleh Kerajaan juga terhad kerana sumber yang ada juga semakin berkurangan. Maka, orang ramai dinasihatkan agar berjimat-cermat.

Bagi yang belum ada MyDigital ID, pastikan anda mendaftar dan log masuk menggunakan MyDigital ID. Rujuk caranya dalam manual pengguna di SINI : https://www.budi95.gov.my/assets/pdfs/Log%20Masuk%20MYID.pdf

Log Masuk MYID BUDI95Download

Tentang BUDI95

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyasarkan subsidi petrol RON95. BUDI95 menangani ketirisan disebabkan penyeludupan dan subsidi yang diberi kepada bukan warganegara, dengan menaikkan harga runcit RON95 kepada tahap tanpa subsidi, yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia terus menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter dengan menggunakan MyKad. BUDI95 memanfaatkan rakyat melalui pengurangan harga RON95 kepada rakyat dan selain itu, penjimatan daripada menangani ketirisan akan diagihkan untuk program yang memanfaat rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Data Kerajaan turut menunjukkan bahawa purata penggunaan petrol oleh pemandu kenderaan persendirian adalah hanya sekitar 80 liter sebulan. Namun, Kerajaan menetapkan siling kelayakan yang lebih tinggi bagi mengambil kira julat dan taburan penggunaan mengikut individu.

Penetapan kelayakan ini juga penting untuk mengelakkan subsidi disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya. Selama puluhan tahun, subsidi tanpa had telah menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran di mana harga minyak jauh lebih mahal. Begitu juga penggunaan berskala besar oleh syarikat komersial yang menikmati subsidi murah untuk keuntungan perniagaan.

Dengan mekanisme baharu, subsidi akan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, dan tidak lagi bocor keluar dari sistem. Sekiranya diperlukan, penyesuaian akan dibuat termasuk pertimbangan menambah kelayakan untuk kumpulan tertentu.