Ramai Tak Tahu, Anda Sebenarnya Boleh Mohon Hingga 300 Liter Subsidi BUDI95, Ini Caranya

LocalPersonal Finance
7 Apr 2026 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Masih ramai yang belum tahu bahawa walaupun had subsidi petrol di bawah program BUDI95 ditetapkan pada 200 liter, pengguna sebenarnya boleh memohon peningkatan kuota sehingga 300 liter bergantung kepada keperluan dan kelayakan.

Perkara ini dikongsikan oleh pempengaruh media sosial, Syahmi Sadan, yang menjelaskan langkah mudah untuk membuat permohonan tersebut secara dalam talian.

Advertisement

image is not available

Menurut perkongsian itu, pengguna hanya perlu melayari laman rasmi BUDI95 dan membuat permohonan bagi menaikkan kuota penggunaan bahan api.

“Sekarang semua tahu kerajaan dah limitkan 200L. Ramai kata tak cukup kan. Korang tahu tak, korang boleh mohon 300L.”

“Caranya pergi ke website budi95.gov.my dan mohon la ke 300L. Jangan risau kita boleh semak sejarah pengunaan sebelum ini,” kongsinya.

Dalam masa sama, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan maklumat tersebut agar lebih ramai pengguna yang layak dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Cara Mohon 300L BUDI95

1. Layari laman rasmi

Pergi ke laman BUDI95
(budi95.gov.my)

2. Log masuk akaun
Gunakan maklumat peribadi untuk akses akaun anda

3. Cari bahagian permohonan kuota
Pilih option untuk mohon peningkatan had penggunaan

4. Mohon naik ke 300 liter
Isi permohonan untuk upgrade kuota daripada 200L ke 300L

5. Semak rekod penggunaan
Sistem akan rujuk sejarah penggunaan minyak anda sebelum ini

6. Hantar permohonan
Submit dan tunggu kelulusan daripada pihak berkaitan

image is not available

Bagaimanapun, permohonan tambahan kuota ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan berdasarkan rekod penggunaan serta kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-07 10:50:52

"Tolong Belajar, Tingkatkan Skil" - Pelanggan 'Complain' Staf Rembayung Ambil Gambar Tak Cantik, Respon Khairul Aming Memang 'Win'!

The post Ramai Tak Tahu, Anda Sebenarnya Boleh Mohon Hingga 300 Liter Subsidi BUDI95, Ini Caranya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.