Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U

Business & Finance
21 May 2026 • 5:16 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bagi pemilik perniagaan, renew SSM adalah perkara penting untuk memastikan status perniagaan kekal aktif dan sah di sisi undang-undang. Kini, proses perbaharui SSM boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi SSM4U tanpa perlu hadir ke kaunter.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara renew SSM online 2026 langkah demi langkah untuk memudahkan urusan anda.

Apa itu Renew SSM?

Renew SSM ialah proses memperbaharui pendaftaran perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya status perniagaan kekal aktif dan sah digunakan.

Proses ini wajib dilakukan sebelum tempoh pendaftaran tamat bagi mengelakkan perniagaan luput atau dikenakan tindakan tertentu.

Kini, pemilik perniagaan boleh renew SSM secara online melalui portal rasmi SSM4U dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Kegunaan & Servis

Portal SSM4U menawarkan pelbagai kegunaan dan servis yang memudahkan pengurusan identiti serta akses kepada sistem utama SSM secara digital.

Berikut adalah kegunaan dan servis utama yang disediakan:

  1. EzBiz Online: Digunakan untuk pendaftaran, pembaharuan, dan penutupan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.
  2. MyCoID: Sistem untuk pemerbadanan syarikat (Sdn Bhd) dan pengurusan maklumat korporat secara dalam talian.
  3. MyLLP: Digunakan untuk urusan pendaftaran dan pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), termasuk penyerahan pengisytiharan tahunan.
  4. MBRS (mPortal): Sistem pelaporan untuk serah simpan Penyata Tahunan (AR) dan Penyata Kewangan (FS) syarikat.
  5. e-BOS: Sistem untuk urusan maklumat Pemunyaan Benefisial (Beneficial Ownership) secara elektronik.
  6. XCESS: Servis untuk membeli maklumat produk perniagaan atau penglibatan peribadi individu dalam entiti perniagaan.
  7. DCTC Reader & Checker: Digunakan untuk menyemak kesahihan dokumen digital SSM yang telah disahkan benar (Digitally Certified True Copy).
  8. e-Search: Membolehkan pengguna mencari kod QR SSM BizTrust bagi memaparkan kredibiliti perniagaan dalam talian.
  9. e-COMTRAC: Digunakan untuk pendaftaran program latihan dan kursus yang dianjurkan oleh Akademi Latihan SSM.

Cara Renew SSM Online Melalui SSM4U

A) Daftar Portal & Log Masuk

Bagi pengguna Ezbiz Online sedia ada (Menukar Kata Laluan/Forgot Password). Sila ikuti langkah-langkah berikut

  1. Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
  2. Klik Login;
  3. Klik Forgot Password;
  4. Isi maklumat ID Type, ID Number, dan Name;
  5. Klik Submit; dan
  6. E-mel penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan di SSM4U.
ssm4u
Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
E-mel penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan di SSM4U.

Bagi pengguna Ezbiz Online baharu (Daftar Baharu/Register New Account). Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
  2. Klik Register;
  3. Isi maklumat yang diperlukan;
  4. Hantar borang pendaftaran;
  5. Terima e-mel pengesahan yang mengandungi pautan pengesahan;
  6. Klik pautan tersebut untuk mengesahkan akaun; dan
  7. Terima e-mel pemberitahuan setelah pendaftaran selesa
Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
Klik Register Now
Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
Isi maklumat yang diperlukan, klik Proceed.
Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
Lengkapkan maklumat yang diperlukan, tick kotak declaration dan klik Register.

Sila rujuk panduan forgot password (https://ssm4u.com.my/forgotPassword?10)

Cara Kemaskini Alamat Emel

Langkah-langkah untuk mengemaskini alamat e-mel adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my;
  2. Klik Help;
  3. Klik I have registered but I can’t login to SSM4U;
  4. Klik I entered an incorrect email address during registration, what do I do?;
  5. Klik Change Email;
  6. Isi maklumat ID Type, ID No, Nama & Password;
  7. Klik Find;
  8. Isi maklumat alamat emel yang betul di ruangan New Email;
  9. Klik Submit;
  10. Sistem akan memaparkan mesej Please check your email to proceed next process;
  11. Sila semak e-mel notifikasi yang dihantar ke peti mel alamat e-mel baru dan klik pautan yang diberikan di dalam emel untuk mengesahkan alamat emel tersebut; dan
  12. Alamat emel SSM4U telah lengkap dikemaskini dan anda boleh log masuk ke SSM4U.

Cara Menjadi Verified User (Pengesahan Identiti)

Untuk melakukan transaksi penting (seperti daftar perniagaan baru), anda perlu mengesahkan identiti:

  • Pilihan A (e-KYC): Log masuk melalui aplikasi mudah alih SSM4U (jika tersedia) dan ikut arahan imbasan muka serta kad pengenalan
  • Pilihan B (Kaunter): Hadir ke mana-mana pejabat SSM berdekatan dengan membawa kad pengenalan untuk pengesahan biometrik.

Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM

  1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Harga Renew Lesen SSM

Fi yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.

  1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan -RM30.00
  2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00
  3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
  4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Apa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?

Seperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut?

Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu.

Jika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama perniagaan tersebut boleh digunakan).

Namun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan.

Dalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu).

Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.

Manual Pengguna SMM4U

SSM4U_GUIDELINEDownload

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau update terkini tentang SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi berikut:

  1. Portal SSM4U
  2. Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
  3. SSM Customer Service:
    • Talian: 037721 4000
    • Emel: enquiry@ssm.com.my

      Soalan Lazim Portal SSM4U

      Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
      Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
      Image from: Cara Renew SSM Online 2026 Melalui Portal SSM4U
      Semua akses masuk ke Ezbiz Online akan beralih melalui portal SSM4U bermula 24 Mei 2026. Sebagai pengguna, apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk menggunakan Ezbiz Online?

      a) Bagi pengguna Ezbiz Online sedia ada (Menukar Kata Laluan/Forgot Password):
      Sila ikuti langkah-langkah berikut:

      1. Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my
      2. Klik Login;
      3. Klik Forgot Password;
      4. Isi maklumat ID Type, ID Number, dan Name;
      5. Klik Submit; dan
      6. E-mel penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan di SSM4U.

      b) Bagi pengguna Ezbiz Online baharu (Daftar Baharu/Register New Account):
      Sila ikuti langkah-langkah berikut:

      1. Layari portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my
      2. Klik Register;
      3. Isi maklumat yang diperlukan;
      4. Hantar borang pendaftaran;
      5. Terima e-mel pengesahan yang mengandungi pautan pengesahan;
      6. Klik pautan tersebut untuk mengesahkan akaun; dan
      7. Terima e-mel pemberitahuan setelah pendaftaran selesai.

      Saya merupakan pengguna Ezbiz Online dan tidak pernah mendaftar di portal SSM4U, mengapa data dan maklumat saya ada di portal SSM4U?

      Bermula pada 24 Mei 2026, SSM menggunakan konsep Single Sign-On (SSO) dan pangkalan data bersepadu. Ini bermaksud apabila anda mendaftar atau menggunakan perkhidmatan Ezbiz Online, profil anda akan diwujudkan secara automatik dalam sistem pusat SSM.
      Bermula pada 10 Mei 2026, profil pengguna Ezbiz Online yang aktif akan dimigrasi secara berperingkat ke portal SSM4U.

      Sebelum ini saya telah mendaftar di Ezbiz Online menggunakan e-mel Yopmail, bagaimana saya tidak boleh mengakses ke portal SSM4U?

      E-mel Yopmail atau mana-mana e-mel yang bersifat sementara adalah tidak sesuai bagi komunikasi jangka panjang untuk rekod rasmi.

      SSM4U hanya membenarkan penggunaan e-mel yang sah, aktif dan bersifat tetap bagi tujuan keselamatan, pengesahan identiti serta penerimaan notifikasi rasmi.

      Adakah saya boleh menggunakan Username dan Password Ezbiz Online yang sama di portal SSM4U?

      Tidak boleh. Pengguna Ezbiz Online sedia ada diminta untuk menukar kata laluan (forgot password) di portal SSM4U.

      Akses masuk kepada portal SSM4U selepas ini adalah menggunakan alamat e-mel yang berdaftar seperti di portal ezbiz dengan kata laluan yang baru.

      Sila rujuk panduan forgot password (https://ssm4u.com.my/forgotPassword?10)

      Saya pernah mendaftar sebagai pengguna di Ezbiz Online sebelum ini namun belum membuat pengesahan identiti (verifikasi biometrik), apakah yang perlu saya buat?

      Anda perlu membuat pengesahan identiti (verifikasi biometrik) di kaunter SSM berdekatan atau Kiosk TapIt untuk pengaktifan akaun pengguna.

      Saya terlupa e-mel yang berdaftar di Ezbiz Online sebelum ini, bagaimana saya ingin menyemak berkaitan e-mel yang didaftarkan sebelum ini?

      Anda perlu menggunakan fungsi pada menu Check Registration Status di portal SSM4U
      (https://ssm4u.com.my/registrationStatus20) atau datang ke kaunter SSM berdekatan dengan membawa dokumen pengenalan diri yang sah.

      Saya tidak lagi menggunakan e-mel yang pernah saya daftar sebelum ini di Ezbiz Online, bagaimana hendak membuat pertukaran e-mel?

      Sila hadir ke kaunter SSM yang berdekatan.

      Adakah rekod transaksi saya di Ezbiz Online (pembaharuan perniagaan, pendaftaran perubahan perniagaan, kompaun dan resit pembayaran) masih boleh diakses?

      Ya, data transaksi masih lagi kekal dan boleh diakses di Ezbiz Online.

      Saya menyemak status akaun saya di ‘Check registration status’, dan saya dapati e-mel saya sah dan mengakibatkan saya tidak menerima e-mel verifikasi SSM4U, apa yang saya perlu lakukan?

      Langkah-langkah untuk mengemaskini alamat e-mel adalah seperti berikut:

      1. Layari Portal SSM4U di https://www.ssm4u.com.my
      2. Klik Help;
      3. Klik I have registered but I can’t login to SSM4U;
      4. Klik I entered an incorrect email address during registration, what do I do?;
      5. Klik Change Email;
      6. Isi maklumat ID Type, ID No, Nama & Password;
      7. Klik Find;
      8. Isi maklumat alamat e-mel yang betul di ruangan New Email;
      9. Klik Submit;
      10. Sistem akan memaparkan mesej “Please check your email to proceed next process”;
      11. Sila semak e-mel notifikasi yang dihantar ke peti mel alamat e-mel baru dan klik pautan yang diberikan di dalam e-mel untuk mengesahkan alamat e-mel tersebut; dan
      12. Alamat e-mel SSM4U telah lengkap dikemaskini dan anda boleh log masuk ke SSM4U.

      Sekiranya status akaun SSM4U berstatus ‘Verified Users’ adakah saya boleh akses sistem yang lain selain dari Ezbiz Online?

      Ya, anda boleh akses ke semua sistem yang berada di dalam SSM4U.

      Adakah dibenarkan individu mendaftar dua (2) akaun pengguna pada masa yang sama di SSM4U?

      Setiap pengguna hanya dibenarkan mendaftar satu (1) akaun sahaja menggunakan nombor kad pengenalan dan satu (1) alamat e-mel.

      Saya ingin akses ke Ezbiz Online, tetapi paparan mesej “you are unverified users”. Kindly visit nearest SSM counter for verification purposes”. Apa yang saya perlu lakukan?

      Sila hadir ke kaunter SSM berdekatan atau Kiosk TapIt untuk verifikasi akaun SSM4U tuan/puan.

      Dokumen apakah yang perlu saya bawa semasa proses verifikasi akaun SSM4U di kaunter?

      Sila bawa kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan cap jari di kaunter SSM.
      Selain itu, anda juga boleh ke Kiosk TapIt untuk verifikasi akaun SSM4U.

      Saya telah melakukan pendaftaran di Ezbiz Online sebelum ini dan saya dapati perlu verifikasi akaun SSM4U untuk akses ke ezbiz. Bagaimana cara nak verifikasi akaun SSM4U?

      Sila hadir ke kaunter SSM berdekatan atau Kiosk TapIt untuk verifikasi akaun SSM4U.

      Saya dapati ada kesalahan maklumat di profil SSM4U, bagaimana saya hendak mengemaskini maklumat tersebut?

      Maklumat boleh dikemaskini di profil SSM4U kecuali Nama, ID Type, ID No & Citizenship.
      Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini maklumat anda di Portal SSM4U:

      1. Log masuk ke Portal SSM4U menggunakan ID log masuk dan kata laluan anda;
      2. Klik pada username untuk membuka user dropdown menu;
      3. Klik View Profile;
      4. Klik Edit User Profile untuk mengemaskini maklumat anda; dan
      5. Klik “Submit”.