Cara ringkas potong ayam sendiri di rumah. Mudah nak simpan & isi pun tak hancur. Wanita ini kongsi tip!

Cooking
28 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP kali nak beli ayam di pasar, mesti anda akan minta penjual potong siap-siap kan mengikut jumlah potongan yang diingini.

Jimat masa dan memudahkan urusan untuk memasak, balik rumah tinggal cuci dan simpan dalam peti ais kan.

image is not available

Pun begitu, ada masanya anda tiada pilihan lain terpaksa potong sendiri apabila pasar raya tempat anda kunjungi tidak menyediakan khidmat memotong ayam pada masa tersebut.

Sudahnya anda terkial-kial nak memotong sendiri di rumah.

SinarPlus nak berkongsi tip mudah yang anda boleh cuba. Yang penting, potongan ayam juga cantik dan isinya tidak hancur.

image is not available

Tip yang dikongsikan itu dimuat naik Ida Joe menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Beliau mengakui sebelum itu juga tidak pandai, selepas banyak kali belajar, akhirnya kini sudah mahir.

“Memang kalau nak kerja mudah, suruh orang jual ayam tu potongkan. Mudah, balik basuh-basuh terus masak.

“Saya ada terbaca dalam satu grup, ada yang tak pandai nak potong ayam sendiri. Di sini, saya tunjukkan serba ringkas cara saya potong ayam,” kata Ida Joe lagi.

Berikut cara yang dipraktikkan Ida Joe untuk memotong seekor ayam:
1. Mula-mula letak ayam tersebut di atas papan pemotong.

image is not available
2. Kemudian, belah sedikit di bahagian tengahnya.

image is not available
3. Setelah itu, tarik bahagian yang dibelah tadi menggunakan tangan.

image is not available
4. Jadikan ia putus dua seperti dalam gambar.

image is not available
5. Kemudian, potong dua bahagian punggung.
6. Beginilah hasilnya.

image is not available
7. Selepas itu, potong bahagian paha. Pastikan anda potong mengikut sendi.

image is not available
8. Potong dua bahagian .
9. Diikuti dengan bahagian leher.

image is not available
10. Setelah itu, belah dua bahagian dada tersebut.

image is not available
11. Kemudian, potong kepak mengikut sendi

image is not available
12. Potong tiga bahagian untuk isi dada.

image is not available
13. Siap!

image is not available

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.