Sakit kepala rasa macam mata nak terkeluar? Itu bukan migrain biasa.
Ramai orang buat silap besar. Asal sakit kepala je, telan Panadol. Asal sakit je, tuduh migrain.
Padahal, lokasi dan 'jenis kesakitan' itu adalah klu penting tubuh badan anda untuk bagitahu apa yang tak kena. Salah makan ubat, sakit takkan hilang.
Ini terjemahan saintifik bagi 4 jenis sakit kepala yang paling kerap berlaku:
1. Tension Headache atau Sakit Kepala Tegang
Rasa: Macam ada tali pinggang kulit dijerut ketat sekeliling kepala. Atau rasa macam pakai topi keledar saiz kecil.
Fakta Klinikal: Ini bukan berdenyut. Ini adalah rasa tekanan atau 'pressure'. Puncanya otot tengkuk dan kulit kepala kejang sebab stres atau tenung skrin lama sangat.
Solusi: Tidur, urut bahu, atau letak pek ais di tengkuk. Panadol mungkin berkesan.
2. Migrain
Rasa: Berdenyut-denyut kuat seolah-olah ada jantung kedua di sebelah kepala (kiri atau kanan).
Fakta Klinikal: Ia datang dengan pakej sensitif. Anda jadi benci cahaya terang dan bunyi bising. Kadang-kadang nampak kilat atau 'aura' sebelum sakit.
Solusi: Perlu rehat dalam bilik gelap dan sunyi. Ubat tahan sakit biasa kadang-kadang tak jalan.
3. Cluster Headache atau Sakit Kepala Kelompok
Rasa: Ini level paling sakit. Rasa tajam, menyengat, atau terbakar di belakang satu mata sahaja. Rasa macam mata nak dicungkil keluar.
Fakta Klinikal: Serangan berlaku dalam kitaran (cluster). Hidung mungkin berair dan mata jadi merah di belah yang sakit. Ia lebih kerap menyerang lelaki perokok.
Solusi: Jumpa doktor segera untuk terapi oksigen. Ubat biasa takkan berkesan.
4. Sinus Headache
Rasa: Sakit di tulang pipi, dahi, dan batang hidung.
Ujian Mudah: Cuba tunduk ruku' atau sujud. Kalau rasa tekanan tu makin kuat macam muka nak pecah, sah itu sinus.
Fakta Klinikal: Rongga sinus anda bengkak dan penuh lendir.
Solusi: Ubat selsema, wap panas, atau 'nasal spray'.
…
Kenali musuh anda sebelum telan ubat. Jangan main hantam keromo.
Tag kawan anda yang selalu mengadu sakit kepala tapi tak tahu punca.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


