“Cari Penyakit Kau Ni!” – Baju Warna Kulit Undang Perhatian, Netizen ‘Mengucap’ Tengok Busana Janna Nick Di AJL37

Women's Fashion
13 Feb 2023 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak disiarkan secara langsung, semalam, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) telah menjadi topik yang trending di serata platform media sosial.

Bukan saja finalis yang membuat persembahan pada malam berkenaan menjadi tumpuan netizen, malah barisan artis lain yang hadir bagi memeriahkan anugerah berkenaan juga menjadi bualan ‘hangat’.

Pelakon serta penyanyi, Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang menjadi kecaman ramai kerana busana yang dipakai olehnya pada malam semalam di AJL37.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Biarpun memakai baju inner, namun jika dilihat dari pandangan jauh, dia seakan-akan memakai busana ‘terbuka’ kerana inner berkenaan sama dengan warna kulitnya.

Netizen merasakan penyanyi lagu Gatal itu sengaja berpakaian sedemikian kerana mahu ‘memancing’ orang ramai bercakap tentang dirinya dan ramai melabelnya sebagai attention seeker.

image is not available

Sekadar info, sebelum ini ada saja pakaian yang dipakai oleh Janna Nick membuat netizen tidak senang duduk kerana terlalu terdedah, namun selebriti tersebut sama sekali tidak kisah dengan kecaman yang diterima.

image is not available 1 year lalu

"Saya Takkan Padam" Dikecam Pakai Baju Nampak Dada, Janna Nick Terima Dengan Hati Terbuka