
Warung kek jalanan dikecam netizen kerana tidak menutup barang jualan
Cari Salah Peniaga Kek Tepi Jalan, Wanita Ini Tampil Beri Teguran Buat Netizen. Sebuah warung kek jalanan menjadi tular baru-baru ini kerana kerap diserbu pelanggan, sekaligus menjadi ‘mangsa’ kecaman netizen.
Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial tampil memberi teguran secara terbuka dalam satu hantaran di Facebook, kerana tidak mahu ‘budaya’ dengki mencari kesalahan orang lain semakin melarat.
“Saya follow seorang baker ni. Amazingly dia ada followers yang banyak. Dan dia punya business yang baik. Buka pukul 3 petang, 5 petang boleh sold out.

“Apa yang saya tertarik daripada kisah dia ni ialah, terlalu ramai orang yang kecam dia. Sebab apa? Sebab tidak tutup barang jualan dia. Well, in the good side, ada betulnya.
“Tapi kenapa dia saja? Sedangkan lebih ramai yang jual lauk pauk, nasi lemak, kuih muih, pisang goreng, lekor, juga tidak menutup barang jualan mereka?
“Dan mungkin yang mengecam baker ini juga pernah membeli makanan gerai tepi jalan yang tidak bertutup. Kalau mahu complain pasal hygenic, complain la semua, tapi kenapa dia ni kena kaw-kaw?” luahnya.
Kemudian, pemilik mengikut saranan netizen dengan menutup kek guna rak cermin bertutup
Dalam pada itu, memetik sumber, indivitu itu turut menyatakan bahawa pemilik warung kek tersebut kemudian cuba mengikut saranan netizen iaitu meletakkan jualan mereka di dalam rak cermin yang bertutup.
Namun, netizen tetap mengecam walaupun isu yang dibangkitkan ditambah baik oleh pemilik warung tersebut.
Satu lagi isu dikecam, letak kek direct atas kain
“Timbul lagi satu isu iaitu meletakkan barang jualan direct atas kain. Well, kalau dalam pembuatan pastri, kain adalah sangat sinonim.
“Di negara barat, kain sebagai based untuk meletakkan bread dan pastries adalah perkara biasa. Cuma di Malaysia, kurangnya pengetahuan tukang pengecam adalah perkara biasa.
“So apa kesimpulan dia? Orang sentiasa akan menilai kita dan orang yang paling sibuk hal kita ialah orang yang paling besar hasad dalam hatinya.

“Dia akan beri 1,001 alasan untuk justifikasi perbuatannya tapi hakikatnya, mereka adalah orang yang tidak pernah senang hati melihat orang lain berjaya, istimewa, mempunyai kelebihan, hatta mempunyai followers sekalipun,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut menyokong pemilik warung kek berkenaan
Hantaran individu tersebut telah meraih perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pemilik warung tersebut.
“PHD (penyakit hasad dengki) Melayu memang kuat. Itu belum cerita santau bagai. Semoga Allah SWT murahkan rezeki,” ujar seorang pengguna di Facebook.
“Apabila dah ada masalah hati walau apa saja orang tu buat semua akan nampak buruk. Teruskan saja, jangan dilayan. Ignorance is a bliss. Rezeki daripada Allah,” kata seorang lagi netizen yang turut menyokong.


