Pengurus The 1975 Enggan Beri Kerjasama, Punca Tindakan Matty Healy Lambat Dihentikan – FSA

Entertainment
28 Jul 2023 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu salah laku band dari England, The 1975 yang berlaku di sini baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 (GVF), Future Sound Asia (FSA) tampil mengadakan sidang media mengenai isu tersebut.

Sedia maklum, arahan pembatalan serta-merta festival terbabit adalah daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kerana tindakan biadap vokalis The 1975, Matty Healy ketika berada di atas pentas.

Menurut Pengarah Hiburan FSA, Wan Alman menyatakan kedegilan pengurus jelajah The 1975 menjadi punca penganjur berdepan kesulitan menghentikan persembahan kumpulan itu yang berbuat onar di festival tersebut.

image is not available

Disebabkan itu, mereka terpaksa panggil pihak berkuasa selepas pengurus terbabit enggan memberi kerjasama.

Jelasnya, keputusan untuk menghentikan persembahan itu sepenuhnya tidak mudah kerana banyak perkara perlu diteliti yang melibatkan artis dan peminat.

“Jadi, apabila insiden berkenaan berlaku, kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan. Tapi, dia seperti keberatan untuk berbuat demikian.

“Disebabkan ingkar untuk berhenti, kami terus meminta bantuan pihak berkuasa. Kami mengambil beberapa minit untuk menghentikan persembahan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, proses bayaran balik kepada penonton yang terkesan bakal diumum kelak, memandangkan pihak penganjur masih lagi meneliti cara yang sesuai.

Terdahulu, kerajaan Malaysia membatalkan baki dua hari GVF yang sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 23 Julai di Sepang hingga merugikan ramai pihak, selepas perbuatan jelek band The 1975.

Vokalisnya, membuat persembahan sambil memegang botol arak, menghina undang-undang Malaysia, merosakkan dron, selain buat aksi tak senonoh dengan pemain bass band itu.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.