Carian Video YouTube Kini Juga Menggunakan AI Menerusi Ask YouTube

TechnologyDigital
20 May 2026 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carian Video YouTube Kini Juga Menggunakan AI Menerusi Ask YouTube

Data yang dikongsi tahun lalu mendapati generasi muda lebih gemar bertanya soalan menggunakan TikTok. Carian dalam bentuk video akan mendominasi carian yang selama ini dalam bentuk teks sahaja. Maka sebagai platform penstriman video nombor satu dunia, Google mengumumkan ciri baharu Ask YouTube hari ini.

Image from: Carian Video YouTube Kini Juga Menggunakan AI Menerusi Ask YouTube

Seperti carian Search yang kini dijana oleh Gemini 3.5, Ask YouTube turut menggunakan AI bagi mencari video yang dikehendaki oleh pengguna. Kotak carian YouTube memahami soalan dalam bahasa lazim serta konteks yang lebih panjang. Video yang dirasakan relevan akan disenaraikan oleh Ask YouTube.

Selepas itu soalan susulan pula boleh ditanya secara berterusan untuk memperhalusi lagi carian video yang memenuhi kehendak pengguna. Ask YouTube kini diaktifkan kepada pengguna YouTube Premium berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat terlebih dahulu.