
Lebih setahun berlalu sejak model kecerdasan buatan (AI) generatif Veo 2 dilancarkan di Google I/O 2025. Dalam tempoh setahun ini, Google membangunkan model baharu Gemini Omni dengan kemampuan mengambil input multi modal bagi menjana video yang dimahukan pengguna.
Omni menjana video menggunakan video, gambar, audio, teks atau kesemua sekali secara serentak. Video yang dijana hadir dengan audio yang serasi serta kelihatan lebih realistik. Gemini Omni Flash boleh menerima input yang kemudian diubah atau diolah pengguna. Ia boleh mengubah gaya, kesan khas, objek, arah rakaman dan banyak lagi menggunakan input yang diberikan pengguna.

Pemahaman fizik dunia sebenar pada Omni Flash turut ditambah baik berbanding model-model terdahulu. Kesemua video yang dijana mempunyai tera air SynthID untuk membolehkan ia dikesan serta dibezakan daripada video asli.
Pagi ini model Gemini Omni Flash dilancarkan terlebih dahulu di aplikasi Gemini app, dan Google Flow untuk pelanggan Google AI Plus, AI Pro, dan AI Ultra. Ia juga diberikan percuma kepada pengguna YouTube Shorts and YouTube Create App bermula minggu ini.


